KENINGAU: Seorang petani tempatan mati tertembak oleh sepupunya di atas pokok buah rambutan kerana disangka seekor beruang hitam.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Zahari Mohamed berkata, mangsa dikenali Nuis Bin Upil 36, seorang petani mati di tempat kejadian kerana tertembak di bahagian perut dan dadanya.
Katanya, menurut fakta kes, pengadu yang juga suspek berumur 42 tahun seorang petani dari Kampung Dalungan Tambunan membuat laporan polis pada 15 Februari jam 10.03 pagi mengatakan pada 14 Februari 2012 jam lebih kurang 10 pagi, pengadu bersama tiga saudaranya termasuk mangsa menaiki kenderaan jenis Hilux menuju ke kawasan hutan Ulu Sungai Mususur, Tambunan untuk tujuan merantis kebun.
“Tiba di kawasan hutan itu kira-kira jam 2 petang pengadu bersama seorang saudaranya dan mangsa pergi ke kawasan kebun buah-buahan rambutan berhampiran,” kata Zahari kepada media di sini kelmarin.
Pada ketika itu katanya, mangsa memanjat pokok rambutan, pengadu terdengar satu das tembakan yang dilepaskan oleh seorang yang tidak diketahui dan pada masa yang masa mangsa telah terjatuh dari pokok.
“Pengadu menghampiri mangsa (si mati) dan mendapati sudah tidak bernyawa dengan kesan luka tembakan di bahagian perut dan dadanya. Pengadu bersama saudaranya pergi ke pondok seorang lagi saudara mereka untuk mendapatkan bantuan,” jelas Zahari.
Walau bagaimanapun kata Zahari, selepas siasatan di tempat kejadian dijalankan, pengadu Louise Bertus Tullah 42, mengaku dia tertembak mangsa di atas pokok kerana beranggapan ia seekor beruang hitam.
Semasa kejadian kata Zahari, pengadu membawa senapang ‘bakakuk’ untuk tujuan memburu di kawasan hutan berkenaan.new sabah times-
No comments:
Post a Comment