Sunday, February 19, 2012

MIC tak nak debat dengan pembangkang

AGENDA DAILY

mic_logoxx


"Saya ingat ini bukan satu keperluan untuk kita tetapi jika ada orang yang nak buat mereka boleh buatlah...kita tidak akan buat.”

Itu kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr S Subramaniam ketika diminta mengulas debat antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Kuala Lumpur Sabtu.

Beliau menyatakan pendirian MIC itu ketika ditemui wartawn selepas merasmikan karnival kerjaya 'My Career 2012' di Dewan Serbaguna Skudai dekat Johor Bharu,Ahad.

Apapun katanya debat seperti itu adalah pentas untuk rakyat mengetahui dasar dan pendirian kedua-dua parti terhadap beberapa isu utama yang dibangkitkan.

“Saya rasa ia adalah satu peluang di mana pandangan yang berbeza, keadaan berbeza dan pendirian berbeza dikemukakan kepada rakyat supaya rakyat boleh buat penilaian sewajarnya.

No comments: