Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mempunyai hak untuk merombak struktur Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) seperti dihasratkan sebelum ini.
Ini kerana, kata Raja Nong Chik, Seksyen 6, Akta Perlembagaan (Pindaan) 1973 tidak membenarkannya.
"Justeru, segala urusan hak milik tanah hendaklah dibuat mengikut dibuat menurut Kanun Tanah Negara," katanya.
Sekysen itu menyebut: "Mana-mana undang-undang bertulis yang sedia ada dan sedang berkuatkuasa dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklah terus berkuatkuasa dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga undang-undang bertulis dimansuhkan, dipinda atau digantikan oleh undang-undang yang diluluskan oleh parlimen".
Katanya, seksyen itu juga menyebut, fungsi kerajaan negeri berhubung Wilayah Persekutuan hendaklah dijalankan Yang di-Pertuan Agong atau menteri bertanggungjawab bagi kawasan itu.
"Bagaimanapun, bagi hak milik tanah-tanah MAS yang belum diberi hak milik hendaklah mengemukakan permohonan terus ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL)," kata Nong Chik.
Khalid pada 18 Januari lalu berkata, beliau akan melakukan penambahbaikan terhadap MAS, antaranya dengan membuka keanggotaannya kepada pelbagai kelompok masyarakat dan kumpulan profesional supaya ia lebih berkesan memastikan kepentingan pemilik tanah.
Ketika ditanya pemberita, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada akan melakukan rombakan keahlian dalam lembaga itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Nong Chik turut menempelak hasrat kerajaan negeri Selangor menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Kampung Bharu sebagai "bukan satu langkah yang bijak".
Ini kerana katanya, kementeriannya terlebih dahulu mengorak langkah pantas di mana pemilik dan pewaris tanah boleh mendapat maklumat sebarang maklumat dan penerangan lanjut dari Pejabat Urusetia Pembangunan Kampung Bharu pada setiap hari bekerja.
Katanya, pejabat urusetia yang beroperasi sejak 11 April tahun lalu, merupakan 'one stop centre' dalam memberi khidmat nasihat kepada pemilik dan pewaris tanah di kampung itu dalam apa jua perkara.
Bahkan, katanya, kementerian mengambil langkah awal dengan menempatkan pegawai berpengalamannya dan beberapa agensi lain bagi membantu pemilik pewaris tanah menyelesaikan masalah.

No comments:
Post a Comment