Hakim Mohamad Abdullah membuat keputusan itu hari ini kerana Zainul Rijal tidak mewakili MAIWP dalam kes itu.
"Kes ini tidak akan prejudis pada anak guamnya kerana dia (Zainul Rijal) bukan mewakili majlis," katanya hakim.
Roslizam Rahim dan Abdul Halim mewakili Zainul Rijal (kanan).
Manakala Zainul Rijal dan Saadiah Din mewakili Mahmud Abu Bekir. Rafie Mohd Shafie dan Akbardin Abdul Kader pula mewakili Shahnaz.
Mahmud Abu Bekir tidak hadir dan mahkamah terus menyambung mendengar pengakuan Shahnaz.
Zainul Rijal memberitahu mahkamah, anak guamnya kini berada di London menemani isterinya yng menjalani pembedahan dan dijadual menerima rawatan sehingga 2 Februari.
Rafie dan Akbardin bagaimanapun momohon mahkamah memastikan Mahmud Abu Bekir supaya pengakuan dapat disahkan dan dapat dokumen berkaitan dapat dibekalkan.
Shahnaz sebelum ini menuntut beberapa rumah, beratus hektar tanah di Sarawak dan di Bukit Tunku di Kuala Lumpur serta beberapa kereta mewah diisytiharkan sebagai harta sepencarian.
No comments:
Post a Comment