Tuesday, February 21, 2012

Kanak-kanak diperalat oleh pembangkang isu jirat Cina

oleh zaminc

ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, YB Lim Soo Nee menyifatkan demonstrasi berkaitan pembinaan jirat Cina di Sungai Kob, Kulim adalah mainan politik yang dimainkan oleh pembangkang.

Menurutnya, daripada sumber yang beliau perolehi, kanak-kanak yang terlibat dalam demonstrasi tersebut adalah anak-anak yatim yang dibawa oleh pembangkang.

“Isu ini hanya dijadikan sebagai mainan politik oleh pembangkang, kerana projek telah diluluskan pada tahun 2007, bukannya baru-baru ini diluluskan.

“Kebanyakan mereka yang datang pada demonstrasi itu adalah kanak-kanak, jadi saya difahamkan, mereka ini adalah anak-anak yatim daripada luar yang diperalatkan oleh pembangkang, dalam ramai-ramai tu ada Pemuda UMNO.

“Orang-orang kampung yang datang ke situ bagi melihat apa yang terjadi, maka boleh nampakkan ramai yang datang untuk demonstrasi,” jelas beliau yang merasa kesal dengan tindakan pembangkang menggunakan kanak-kanak dalam mainan politik mereka.

Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim turut menyelar tindakan penganjur mengadakan demonstrasi itu.

“Isu memorial park yang akan dibina di Sungai Kob bukan masalah baru, tetapi pernah dibangkit sejak 2007, belum ditangani, jika pendudu tak puas hati dengan projek tersebut, mereka boleh buat laporan mengikut saluran,” ujar Mohd Zailan.

No comments: