MALAYSIA KINI
Wanita Umno Johor meminta pemimpin-pemimpin parti tidak menjadi agen pembangkang dengan mengiyakan segala pertuduhan tentang Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan tindakan meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya meletakkan jawatan di dalam parti serta kabinet.
Ketuanya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis tentang NFC sedang berjalan dan semua pihak perlu menghormatinya.
"Sekiranya Datuk Seri Shahrizat didapati bersih oleh SPRM dan polis, mengapa pula Tan Sri Rafidah Aziz pula perlu mendesak untuk membuang seorang pemimpin yang sentiasa memberi fokus kepada isu-isu akar umbi dan rakyat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata Rafidah ketika menjawat jawatan Ketua Wanita Umno dan menteri kabinet, sering menasihatkan anggota parti dan Wanita Umno supaya sentiasa mempertahankan parti serta negara, sebagaimana dilakukan Shahrizat.
Menurut Sharifah Azizah, Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno sentiasa mempertahankan negara dan parti walaupun hebat diserang daripada pelbagai sudut oleh pembangkang dan pemimpin-pemimpin mereka.
Selain Ketua Wanita Umno, Shahrizat juga merupakan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Sharifah Azizah mengulas kenyataan Rafidah, yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri baru-baru ini yang meminta Shahrizat meletakkan jawatannya di dalam parti berikutan kontroversi NFC.
Ketua Wanita Umno Johor itu berkata Shahrizat telah memberi ruang seluas-luasnya terhadap pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan tentang NFC dilakukan perlu dipuji.
Sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Wanita Umno, Shahrizat menurut beliau telah berjaya mengarusperdanakan perjuangan Wanita Umno di seluruh negara dan usaha Shahrizat itu perlu diteruskan.
Pembangkang kata beliau sebenarnya ketakutan dengan program gelombang merah Wanita Umno di seluruh negara menerusi Skuad Syang dan pelbagai lagi, menyebabkan mereka membuat serangan bertali arus terhadap Shahrizat.
"Pembangkang sebenarnya sedang ketakutan," katanya sambil menambah, pemimpin parti tidak perlu meniru Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup mengadai segala-galanya hanya untuk merebut jawatan.- Bernama

No comments:
Post a Comment