Koh Jun Lin |
Selain Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dijadualkan di Kuantan pada Ahad ini, beberapa lagi lokasi lain juga telah dikenal-pasti bagi menunjukkan perpaduan rakyat di seluruh negara.
"Kami gesa orang ramai untuk turun ke Kuantan pada Ahad ini kerana di situ ada tempat acara utama, tetapi kami faham bukan semua yang dapat pergi ke Kuantan.
"Jadi, kita akan adakan program solidariti di tempat-tempat lain di negara ini," kata setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan pada sidang akhbarnya, semalam.
Perhimpunan serentak di seluruh negara bagi membantah loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) itu akan diadakan di:
- Maju Junction di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, dari jam 9.30 pagi hingga tengah hari.
- Speaker’s Square di Esplanade, Pulau Pinang, pada jam 6 petang.
- Di hadapan bekas tapak kilang Asian Rare Earth di Bukit Merah, Perak, pada jam 11 pagi.
* Pantai Tanjung Aru di Kota Kinabalu, Sabah, pada jam 4 petang.
Menurut Arutchelvan, pihak lain yang mahu menganjurkan program solidariti seumpama itu adalah dialu-alukan untuk berbuat demikian.
Turut hadir pada sidang akhbar ini adalah wakil-wakil dari Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia, Gabungan Hijau Rakyat, Saya Anak Bangsa Malaysia, Pasukan Kemajuan Kebangsaan India, Pusat Kebudayaan Pembangunan LLG dan Parti Rakyat Malaysia.
Kumpulan lain yang menyokong perhimpunan tersebut termasuk Jawatankuasa Anti-Radiasi Perak, Jawatankuasa Anti-Sianida Bukit Koman, Suara Rakyat Malaysia dan Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan.
Perhimpunan itu sebagai membantah lamp yang telah diberikan lesen operasi sementara pada 30 Januari lalu bagi mula memproses nadir bumi.
Pengkritik bimbang sisa radioaktif yang tercemar akan menjejaskan kesihatan penduduk yang tinggal berdekatan serta memudaratkan alam sekitar.
No comments:
Post a Comment