Sunday, September 4, 2011

Jual ginjal hanya untuk dapatkan iPad2

KL TODAY



Seorang remaja berusia 17 tahun sanggup menjual salah satu ginjalnya semata-mata ingin memiliki iPad2. Difahamkan remaja itu telah pergi ke hospital di kota Chenzhou, Hunan dan tinggal di sana selama 3 hari sebelum urusan jual beli ginjal itu selesai.

“Saya ingin sangat memiliki iPad2 tetapi tidak mempunyai wang yang cukup. Jadi saya telah menjual salah satu ginjal saya kepada seorang agen yang saya ketahui melalui iklan di internet dengan harga RM9,000 ,” kata Xiao Zhen, nama remaja itu, dalam satu wawancara dengan Shenzhen TV.

Operasi menanggalkan ginjal itu dilakukan oleh beberapa doktor pakar pada 28 April lalu. Setelah tiga hari menjalani pemulihan, Xiao boleh pulang dan mendapat bayaran RM9,000. Tanpa menunggu lama dia terus membeli sebuah iPad2 dan iPhone dengan wang itu.

Ibu beliau yang hairan melihat Xiao memiliki dua benda mahal tersebut bertanya kepada anaknya. Pada mulanya, Xiao tidak mengaku tetapi selepas didesak beberapa kali, akhirnya beliau memberitahu telah menjual satu daripada ginjalnya.

Terkejut dengan perkara itu, ibu berkenaan telah membuat laporan polis. Bagaimanapun, usaha menjejaki ketiga-tiga dalang tersebut tidak berjaya.

Peristiwa ini tersebar luas di China sehingga menimbulkan pelbagai kritikan berhubungkait dengan moraliti golongan remaja sekarang. Ipad2 merupakan salah satu alat elektronik yang popular di China sehingga ribuan orang sanggup berkumpul di Apple Store, Beijing semata-mata untuk melihat dan memilikinya.

No comments: