Apa yang boleh kami katakan gambar-gambar Tiger Show di Putrajaya tempoh hari sangat menjijikkan. Mana tidaknya terdapat dakwaan dalam satu acara di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember 2010, mereka yang hadir bukan sahaja ada jamuan makan malam tetapi turut “disajikan “dessert” dengan jantan-jantan yang hadir pada masa itu tersenyum puas saling “bercakaran harimau” dengan penari separuh bogel yang dibawa. Apa lagi Jabatan Agama Islam, siasat lerr….
Kredit gambar tiger show : Ruang Bicara Pria Malaysia
Beberapa gambar tiger show ini terpaksa kami tambah saiz censornya termasuk gambar separuh bogel di atas ini dengan si betina ini hanya pakai “tudung saji” dan spentot. Apa motif mereka buat semua ini, kami pun tak tahu. Yang kesiannya kebanyakan yang hadir adalah orang Melayu dan beragama Islam. Cantik, ada yang bertudung litup, ambil gambar, siap boleh gelak-gelak lagi. Selamba sahaja? Dah sporting sangat ker sampaikan tidak ada sedikit pun rasa bersalah, terkilan, marah dengan tindakan penganjur yang menjemput si penari separuh bogel ini untuk buat tiger show kat sana?
Kalau betul ramai rasa offended dengan gimik tersebut, mereka patut keluar dari dewan sebagai tanda protes kepada penganjur. Atau mereka ini malu nak keluar kerana semata-mata nak ‘hormati majlis’? Harap ada yang buat begitu….(harap-harap begitulah)
Kesempatan ini kami nak kongsi satu video yang mana dalam satu majlis perkahwinan di Israel sekitar tahun 2007, ramai sedang asyik seronok tak ingat dunia, terkinja-kinja macam monyet tiba-tiba lantai tempat mereka menari runtuh, ditelan bumi. Dalam mereka sedang seronok-seronok, sekelip mata sahaja tak ada warning, tak ada count down dan tak ada tanda-tanda, akhirnya puluhan nyawa melayang.
P/S : Apa yang boleh anda katakan terhadap gambar tiger show aka acara maksiat di atas ini?
No comments:
Post a Comment