Tuesday, November 23, 2010

Peguam Anwar mahu kelayakan hakim dilucutkan

MALAYSIA TODAY

annPETALING JAYA: Dalam perbicaraan hari ini, peguam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan permohonan bagi melucutkan kelayakan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membicarakan kes itu.

Peguam utama pembela Karpal Singh mendakwa hakim gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Pihak pembela akan memfailkan permohonan tersebut pagi esok.

Sebelum itu, ketegangan tercetus apabila Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertikam lidah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa individu di galeri awam.

Berikutan itu, anggota polis dikerah bagi mengawal keadaan.

Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan pihak peguambela bagi mendapatkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, mahkamah tidak boleh memaksa dokumen itu dikemukakan.

Karpal yang tidak puas hati berhujah hakim gagal memahami Seksyen 45, Akta Keterangan 1950 yang mensyaratkan seseorang pakar perlu mengemukakan semua dokumen bagi menyokong semua hujah yang dikemukakan di mahkamah.

"Ini keputusan Mahkamah Agung.”

Hakim Mohamad Zabidin bagaimanapun, bertanya, "Bagaimana jika dia (saksi) tidak mahu melihatnya (dokumen)?”

Karpal juga gagal mengasak saksi hari ini, Dr Siew Sheue Feng supaya merujuk kepada nota perubatan asal.

No comments: