Friday, November 26, 2010

Batal projek Arowana, selamatkan jelapang padi

Harakahdaily

IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta agar projek ternakan ikan Arowana di Bukit Merah dikaji semula kerana mengganggu operasi penanaman padi terbesar di Perak iaitu di Daerah Kerian.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, ia juga akan menjejaskan saluran utama bekalan air di Tasek Merah.

Bekalan air di Tasek Merah tersebut bukan sahaja digunakan oleh lebih 10,000 pesawah melibatkan keluasan sawah 24 ribu hektar tetapi juga menjadi kegunaan harian 200 ribu penduduk setempat.

Katanya, DPPN Pk melihat sejak bermulanya projek ternakan ikan Arowana pada tahun 2000 sehingga kini, projek tersebut sudah mempunyai 3,808 buah kolam dengan jumlah 70 orang pengusaha berbanding dulu tidak sampai 10 pengusaha sahaja.

“DPPN Pk merasa bimbang pembuangan sisa kolam ke dalam sistem saliran pertanian di daerah ini akan mencetuskan masalah alam sekitar serta pencemaran air yang serius pada masa akan datang,” ujarnya.

Berikutan itu, Jabatan Alam Sekitar (JPS) juga didapati gagal membanteras kegiatan mencuri air oleh pengusaha terbabit sehingga mendapati dari tarikh 15 Ogos hingga 28 Oktober 2010 menunjukan takungan air di Tasek Merah menurun sebanyak 0.2 kaki (2.4 inci) sehari.

Tambahnya, DPPN Pk melihat kekebalan pengusaha sedia ada yang telah mendapat notis dari Pejabat Tanah Daerah Kerian kerana melanggar syarat tanah namun tidak diendahkah sebaliknya kerja-kerja industri akuakultur diteruskan seperti biasa.

Malah, ujarnya JAS masih gagal untuk memastikan sama ada kajian kesan kepada alam sekitar (EIA) perlu dilakukan atau tidak kepada semua kolam tersebut.

“DPPN Pk dengan tegas mendesak agar keprihatinan Kerajaan Negeri Perak serta semua agensi kerajaan yang terlibat agar bertindak untuk menyelamatkan jelapang padi terbesar di negeri Perak ini,” ujarnya lagi.

1 comment:

celebrity arowana said...

Salam,

Ini adalah semata-mata pandangan peribadi saya hamba Allah yg tidak semurna ini.

(Tadi dah tulis panjang tapi dah hilang la... ini sambungannya;)

Sebab tu saya rasa kita ada jalan yg paling baik yg selalu dilakukan oleh Nabi iatu bermuzakarah. Petani boleh bercakap masalah mereka, JPS kena terangkan cara mereka agihkan air (ikut jadual ke tidak, dipantau ke tidak dsb), Jabatan Pertanian cerita pula punca sebenar pendapatan petani merosot. Masalah air ke, masalah padi angin ke, masalah petani ni sendiri tak efektif ke atau sebagainya. Jabatn perikanan boleh bagi input. Pegawai daerah boleh bagi input dan paling bagus kalau MB Perak bagi input atau mungkin PM dan kementerian yg berkaitan boleh bagi input.Libatkan sekali pengusaha-pengusaha arowana ni yg mungkin boleh bagi input.

Dah pasti lepas tu ada jalan penyelesaian yg dapat kita laksanakan. Masing-masing kena berkorban / tolak ansur sikit. Saya yakin pengusaha arowana juga sanggup korban sikit. Kalau perlu pam semula air dan sebagainya.Tapi kena kaji dululah jln penyelesaian terbaik. Jangan nanti buat satu cara, byk masalah lain pulak yg timbul.

POSITIFNYA :

1. Ramai anak melayu yg dah jadi usahawan. Walaupun ada bangsa lain juga di sini.
2. Ramai orang kampung dah dapat rezeki lebih Allah bagi lepas jual/sewa tanah buat kolam arowana.
3. Banyak sumbangan kebajikan dah dibuat. Banyak dah rasa kekuranagn beban.
4. Ramai orang kampung dah dapat kerja tambahan di kampung sendiri.
5. Kerajaan dapat cukai lebih. Status tanah akan bertukar. Mungkin air juga perlu dibayar premium. Tak pa lah asalkan 'fair' kpd semua pihak.
5. Ekonomi negara akan bertambah baik. Hari ini ramai orang Malaysia buat duit. Beli anak ikan, bela kat rumah lepas tu jual dengan harga yg berganda. Alhamdulillah... asal jgn tipu orang. Ada anak melayu dah cari anak seluang, bela ulat, bela cengkerik, udang dsb untuk dijual kpd pengusaha kolam untuk makanan ikan arowana. Alhamdulillah...
tahun 2009 eksport ikan hiasan meningkat hingga mencapai RM770.13 juta. Duit luar dah masuk ke Malaysia. Dijangkan peningkatan melebihi 20% setiap tahun.

Pendek kata banyak benda baik yg kita boleh lihat. Mungkin Ada juga yg kurang baik. Contohnya ada tanah orang melayu dah bertukar tangan. Ada bangsa bukan melayu dah ada di kampung ni... dan air yg kononnya tak cukup. Air tidak dinafikan tak cukup bila musim kemarau panjang. Tapi selalunya berlebih-lebihan...

Hakikatnya banyak faktor lain yg menjadi punca.
1. Kedalaman tasik dah cetek. Pasir batu-batuan, lumpur dsb dari bukit-bukau sekeliling kolam yg masuk ke kolam menjadi punca. Cari jalan keluarkan pasir dan batuan ni dalamkan balik tasik.
2. Masa kemarau wajibkan pengusaha arowana pam balik air ke teusan. Lagipun JPS dah ada pam air besar kat titi bina terusan tebuk pancur tu... Boleh pakai. Bukannya hiasan tu...

OKLAH. APAPUN ALLAH BERI KITA FIKIRAN UNTUK BERFIKIR SEGALA YANG TERBAIK BUAT DIRI KITA, ORANG LAIN DAN ALAM ASALKAN TIDAK MENGANIAYA ORANG LAIN. KALAU SEMUA FIKIR MACAM NI INSYAALLAH OK. TIADA MASALAH YG TIDAK ADA JALAN PENYELESAIANNYA. KECUALI KETENTUAN ALLAH.

TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR!