Saturday, November 27, 2010

Kongres Nasional PKR hambar?


Oleh Jamilah Kamarudin

PETALING JAYA: Sesi perbahasan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat sambutan diawal pembukaan namun semakin lama semakin hambar apabila perwakilan dan pemerhati kongres dilihat mula meninggalkan dewan.

Perwakilan dan pemerhati kongres dilihat mula meninggalkan dewan selepas sesi perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden PKR bersambung selepas waktu rehat tengahari dan berlegar di perkarangan Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Suasana dilihat bertambah jelas apabila kerusi dilihat kosong mula kosong sekitar kira-kira pukul 4petang walaupun ucapan pembahas daripada wakil setiap negeri, sayap wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) masih belum selesai.

"Cukuplah untuk hari ini, saya mahu pulang berehat dihotel sebab penat selepas menempuh perjalanan yang jauh…saya datang dari Pahang," kata seorang perwakilan kepada FMT.

Pemerhatian FMT juga mendapati masih ada perwakilan dan pemerhati kongres yang berlegar-legar diluar dewan dan mengambil keputusan untuk mengikuti kongres di luar dewan melalui layar skrin putih.

1 a kongres hambar"Duduk diluar lebih santai, kami boleh berbual dan makan sambil mengikuti perjalanan kongres…tidak elok pula kalau kami terlalu kerap keluar masuk dewan," kata seorang perwakilan daripada Johor.

Malangnya, suasana dalam dewan yang menempatkan pemerhati kongres didapati lebih mengecewakan apabila hampir 80 peratus daripada kerusi dalam dewan itu kosong.

Perbasahan usul ucapan dasar Presiden menjadi fokus utama kongres pada hari ini, manakala usul pemberdayaan demokrasi, usul pendidikan, usul ekonomi, serta usul memartabatkan maruah bangsa dan ketuanan rakyat akan dibahaskan oleh perwakilan kongres esok.

Esok juga bakal menjadi acara kemuncak Kongres apabila keputusan barisan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Penggal 2010-2013 akan dimumukan esok.

No comments: