Thursday, September 30, 2010

Samy Vellu umum lepas jawatan Presiden MIC Januari depan

BERITA HARIAN ONLINE

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengumumkan beliau akan melepaskan jawatannya itu pada awal Januari tahun depan.

"Saya pasti akan melepaskan jawatan Presiden MIC selepas pulang daripada menghadiri Privasi Barathiya Divas di India Januari tahun depan.

"Mungkin sebelum 15 Januari saya akan lepaskan jawatan presiden. Jawatan itu akan diserah kepada Timbalan Presiden, Datuk G Palanivel," katanya pada sidang media di ibu pejabat MIC di sini, sebentar tadi.

21 comments:

orangkampong said...

Kena tunggu tarikh diumumkan sampai dulu, baru orang boleh percaya cakap Samy Vellu ni....

Unknown said...

Timbalan menteri pasti gembira.

Paquin said...

Setelah sekian lama, baru ku dengar SV mahu lepas jawatan. hihihi

Paquin said...

Tapi kita tunggu & lihat ja la bila sampai masanya nanti. Tak boleh juga ramal, kerana apa2 boleh berlaku bah. hehhe

Anonymous said...

bagus la ba tu, beri peluang kepada orang lain..

Anonymous said...

dah sampai masanya Sammy Vellu bersara, baliau dah lama menjadi presiden MIC.

zam said...

memang dah lama Datuk Seri S Samy Vellu menjadi presiden MIC. mungkin sekarang ni beliau ingin memberi peluang kepada pemimpin lain pula.

Hamdan Hadillah said...

Mungkin beliau sudah nampak ada orang yang boleh dipercayai untuk menganti beliau menjadi presiden MIC.

Anak Sabah said...

Akhirnya Samy Vellu berputus mahu meletak jawatan.

Anak Sabah said...

Tapi harap Samy Vellu bukan seperti Dr M, walaupun telah bersara tapi masih enggan pergi.

Hosie Masie said...

Kita tunggu januari 2011 untuk kepastiaan peletakkan jawatan Samy Vellu.

Unknown said...

Bagus tindakan Samy Vellu. Pemimpin lain juga harus diberi peluang untuk menjadi president MIC.

Kurt said...

It's about time he retire!

Antanum said...

Mungkin tepat pada masanya untuk beliau mengundurkan diri... Kita harap semuanya berjalan lancar....

joey said...

mungkin Datuk Seri S Samy Vellu ingin memberi laluan kepada pemimpin lain. harap penggantinya nanti akan berkhidmat dengan cemerlang.

Logop said...

Ini adalah satu berita yang baik. FINALLY!

Unknown said...

Timbalan menteri pasti tersenyum gembira.

kb girl said...

Sudah cukup lama ia menjawat jawatan tersebut, akhirnya beliau rasa puas.

langsat said...

saya tengok kat TV tu, ramai sungguh orang yang gemgira dengan perletakan jawatan presiden MIC

langsat said...

sudah lebih 30 tahun Samy memegang Presiden MIC dan saya lihat, memang sepatutnyalah dia bagi kat orang lain yang ada idea baru

Unknown said...

Manalah tahu nanti sampai masa itu dia ubah fikiran dan memberi alasan bahawa masyarakat India masih memerlukan beliau padahal sudah lama dia tidak lagi relaven.