Jimadie Shah Othman |
"Kami sambut (siri jelajahnya) dengan tangan terbuka. Kalau dia buat konsert di dalam (dewan), kita akan 'berkonsert' di luar," katanya ketika diminta mengulas rancangan terbaru artis muda itu.
Sempena kelahiran album itu, Namewee selepas ini menjelajah seluruh negara sebagai rangka promosinya.
Terbaru esok di Kolej New Era, di Kajang yang dimiliki NGO pendidikan Cina yang berpengaruh Dong Zong.
Malam semalam, perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Kuala Lumpur, kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang anggota PERKASA bagi membantah tindakan Namawee yang melancarkan albumnya.
Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk PERKASA, bendera Malaysia dan membakar gambar Namewee.
Kumpulan itu juga mendesak Namewee meminta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia kerana "merosakkan muhibah kaum".
Berlindung belakang polis
Manakala Namewee pula berkata isu permohonan maaf bukan isu sebenar kerana beliau datang ke program itu "bagi membantu menyelesaikan isu perkauman".
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Arman Azha menyifatkan Namewee sebagai "pengecut" dan tidak berani bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya.
"Kalau berani kenapa dia tidak keluar semalam. Berani kerana benar, takut kerana salah," katanya.
"Kalau dia (Namewee) cuba berlagak hendak menjadi wira Tionghoa, kenapa dia tidak berani berdepan dengan panglima perang Melayu semalam. Bukan kita hendak buat apa. Kita hendak berdiskusi saja."
Mendakwa pemuda Cina daripada Johor itu hanya berani bersembunyi di balik laman Youtube, Arman Azha berharap Namewee tidak terus berselindung di belakang polis dan media elektronik.
"Ia mengganggu keharmonian dan muhibah (antara) kaum. Siapa yang buat video itu? Dia buat salah, kenapa hendak berlindung di balik polis?" soal Arman Azha.
17 comments:
Perkasa harus dibubarkan. Perbuatan PERKASA memberi satu contoh yang tidak baik kepada masyarakat orang melayu.
Wira PERKASA tu bukanya sebenar ' wira '.Tapi seorang yang cuma cakap besar. Kalau wira, jangan datang dengan ramai-ramai pengikut !.
Perbuatan PERKASA ni kalau diberi ' muka ' akan menyulitkan pentadbiran dan keamanan. Nanti 1Malaysia jadi hancur kerana PERKASA !!!.
"Ia mengganggu keharmonian dan muhibah (antara) kaum. Siapa yang buat video itu? Dia buat salah, kenapa hendak berlindung di balik polis?" soal Arman Azha.
The video "NAH" would have never been made if action were taken against the racist principle. I personally think it was a smart idea for Namewee to express how he felt about the whole racist situation in his rap music and the use of vulgar words to get our attention. And, from the way i see it, Perkosa protest over this matter means they are defending the racist principle. Do we want a party that defend racist malay? Certainly not!
oh,one more thing....Fck PERKASA! :)
PERkasa tak perlulah nak buat protest seperti ini, byk lagi cara jika nak suara perasaan tak puas hati.
Apa matlamat sebenar PERKASA tonjol diri melampau-lampau tu. Kalau lebih sangat , orang nanti benci tau !
They only ruin the scene!!! they are not even helping to solve the problem but only put a fire in it!! what kind of mentality that they had..... !!!!
isu ini patut diselesaikan dengan rasional. semoga pekara ini dapat diselesaikan dengan segera.
PERKASA seharusnya bertenang. Kerajaan telah menghantar kertas siasatan terhapar Namewee kepada mahkamah seminggu lepas. Maka janganlah bertindak dengan sesuka hati. Biar undang-undang menetapkan keadilan.
Just a stupid act. Wonder how old they are. Tarnishing the whole image of Malays. Not all of them are bad right?
Namewee layak dapat anugerah artis paling popular oo kan.. hehhe
Dalam apapun tindakan, setiap pihak haruslah berpada-pada. Pasti ada cara penyelesaian yang lebih harmoni bah. Tak perlulah terlalu emosi, tak pasal2 orang dari negara luar ingat Malaysia ni dah porak peranda! huhuhu
mana sikap profesional Perkasa? siapa yang pengecut sebenarnya? 50 orang Perkasa vs 1 Namewee?? Namewee masih boleh bertolak ansur, tapi Perkasa dengan perhimpunannya, maki hamun dan membakar gambar.. begitu kah cara Perkasa menyelesaikan masalah? tindakan itu lebih memburukkan keadaan bukan mencari jalan penyelesaian.
Perbuatan Perkasa amat memalukan semua rakyat negara. Mereka seharusnya dibubarkan.
Kita adalah rakyat yang mencintai keharmonian. Tindakan protes ini yang mengikut perasaan dan tidak rasional adalah bertentangan dengan kemahuan rakyat. Kita tidak mahu diwakili orang seperti itu.
nak tanya, ahli-ahli Perkasa tu berapa umurnya jika dibandingkan dengan Namawee? kenapa yang tua tak boleh nasihatkan yang muda? saya malu tengok perbuatan anda...
cara perkasa yang kononnya terdiri daripada golongan cendiakawan Melayu dalam menangani hal Namawee membuktikan anda sebenarnya berfikiran cetek dan tidak pandang ke hadapan sebagai cintakan keharmonian kaum...berapa ramai Namawee? Anda yang isytihar perang pada Namawee berapa ramai? hang tak pikiaq guna otak ke?
Post a Comment