Thursday, September 30, 2010

Mimpi Umno-BN Hilang Kuasa Pada PRU-13 Bertambah Ngeri


Oleh Amir Hamzah

Melihat kepada suhu ketegangan kaum yang semakin dahsyat kini dan Umno pula kelihatan semakin fobia dan ekstrim dengan agenda Perkasa dan ultra-Melayunya, akhirnya Barisan Nasional akan dipulaukan secara total oleh yang bukan Melayu dan menyebabkan kejatuhan kerajaan BN yang terbina atas sifat kow-tow kepada orang Inggeris dahulukala.

Sekaligus membenarkan teori RAHMAN daripada kumpulan mistik penyokong Umno. Teori yang mereka gunakan untuk menafikan Anwar kini menjadi senjata terhadap mereka sendiri, kerana N untuk Najib adalah huruf terakhir; maka dacing itupun tumbang.

Kembalinya Umno kepada perjuangan ultra-Melayu adalah kesan langsung daripada kekalahan teruknya dalam pilihan raya umum 2008. Keadaan yang sama memperlihatkan PAS kembali kepada perjuangan negara Islam pada 2004 apabila Barisan Alternatif mengalami kekalahan teruk ketika itu.

Namun sentralisasi ini ada kelemahannya. Di dalam usaha memperkuatkan kembali parti maka segala persefahaman diantara sahabat politik akhirnya terbantut. Dan sokongan hasil daripada penggabungan dalam BA terhakis.

Situasi sama kini berlaku kepada Umno. Di dalam mencari penyelasaian kekalahan BN pada 2008, mereka kembali kepada perjuangan Melayu mereka tanpa mempedulikan persefahaman MCA dan MIC.

Maka timbullah isu 'Hak Melayu' dan 'Kedaulatan Islam Melayu' yang menghancurkan setiakawan antara tiga sekawan yang dahulunya dilihat sebagai 'Sekukuh Gunung Tahan'.

Kini MCA dan MIC hanya berpura-pura sesama-sendiri bersahabat dengan Umno dan Umno pula dilihat terus menerus menyerang kaum-kaum selain Melayu didalam usahanya menawan kembali 'base-support' mereka iaitu orang Melayu.

Kini MCA dan MIC hampir lumpuh diserang ahli mereka sendiri. Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyatakan bahawa BN sendiri yang akan menghancurkan BN, dan hakikat ini dilihat dalam percaturan terakhir BN dalam menghadapi PEMILU yang akan datang.

PR atau Pakatan Rakyat tidak lagi dilihat sebagai 'gabungan lemah' malah persepsi rakyat kini melihat mereka sebagai 'Government-in-Waiting'.

Pelbagai taktik digunakan Umno seperti rasuah sehingga tumbangnya kerajaan Perak, membuka semula kes Anwar dan menahan pimpinan mereka.

Namun ini adalah gerak longlai terakhir rejim zalim yang tersalah arah, dan PR akan mengorak langkah ke Putrajaya dengan penuh bergaya.

Umno mengatakan bahawa tujuan Anwar adalah untuk menjadi Perdana Menteri. Saya dan jutaan rakyat yang akan mengundi Pakatan Rakyat turut bersetuju dan berikrar akan melakukan apa jua untuk memastikan beliau ke sana.

Kenapa pula Umno tidak tertanya-tanya mengapa boleh pula Rosmah 'tergila-gila'kan gelaran First Lady? sehinggakan membuat 'First Ladies Summit' di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh mereka yang turut 'tergila-gila'kan gelaran yang sama? Perlu kita ingat beratus negara menolak pelawaan Rosmah itu kerana mereka tahu penyertaan mereka memberikan legitimasi kepada Rosmah dan mereka tidak mahu dipergunakan untuk tujuan politik.

Ayuh kita berlaku adil dan letakkan sesuatu pada tempatnya yang sesuai.

18 comments:

zam said...

pembangkang sering mengatakan UMNO akan hilang kuasa pada PRU 13. tapi apa yang dapat dilihat adalah PR lebih banyak mengkritik daripada menyumbang sehingga mereka tidak sedar bahawa parti mereka sendiri bermasalah dan tidak terjaga.

Anonymous said...

PR sendiri dalam masalah sekarang mengatakan bahawa UMNO-BN semakin hilang kuasa. PR sendiri harus sedar mereka yang sebenarnya semakin hilang kuasa.

Bi said...

RAHMAN= Najib yang terakhir sebab 2012 akan berlaku peristiwa yang telah ditafsir oleh manyan calender... Jadi tidak sempat untuk mana2 parti mengambil tampuk pimpinan Najib.....

Hamdan Hadillah said...

UMNO tidak akan berputus asa begitu saja, pantang kalah dengan tangan kosong. Maka kita tengok siapa yang akan mimpin ngeri nant. Adakah UMNO atau PR.

Anak Sabah said...

Kita akan mengetahui keputusan terakhir selepas PRU-13.

Anak Sabah said...

Keputusan terakhir bergantunglah dengan undian setiap rakyat.

Hosie Masie said...

Saya rasa ini hanya untuk menaikkan semangat perjuangan UMNO-BN. PR sendiri tidak dapat menjaga ahli sendiri, inikan pula mahu menjaga rakyat Malaysia yang ramai. Jadi tidak payahlah PR untuk bermimpi.

Anonymous said...

bagi saya artikel ini hanya pencetus semangat kepada kumpulan PR yang semakin hilang sokongan. lihat sahaja kekecohan yang berlaku dalam pemilihan PKR, ketidakmampuan PAS mentadbir Kelantan, dan penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang sehingga menimbulkan kemarahan dikalangan rakyat P.P. semua ini telah menjadi kebimbangan PR dalam PRU akan datang.

lisa said...

Keputusan adalah di tangan pengundi.

Anonymous said...

jika PR yakin bahawa rakyat menyokong penuh perjuangan PR, kenapa Anwar perlu memburukkan Malaysia di Indonesia? bukankah itu langkah terdesak untuk mendapat perhatian setelah rakyat di negara sendiri menolak perjuangan PKR.. kenapa PAS meminta umno supaya tidak bertanding di Galas? sebab mereka sudah jangka mereka akan kalah. kenapa DAP menggunakan wang judi sebagai wang ehsan? sebab mereka mahu MEMBELI sokongan setelah menyedari rakyat Pulau Pinang mula membelakangkan DAP.

Hosie Masie said...

Betul itu, PR sendiri ada masalah. Itu baru hal pemilihan cabang sudah ada kes kotak penggundi dibawa lari. Belum lagi PRU yang dilaksanankan besar-besaran mungki akan berlaku sebegini juga oleh PR. Mereka cuba untuk menutup kelemahan mereka sekarang yang begitu banyak masalah yang dihadapi sekarang.

lisa said...

Daripada mengkritik, lebih baik pembangkang fokus untuk menolong rakyat.

lisa said...

Masalah sendiri pun belum selesai tetapi pandai pula mengkritik Umno-BN.

Anonymous said...

saya tak rasakan UMNO-BN makin hilang kuasa, UMNO-BN kini semakin kukuh, PR harus fikirkan pada masalah mereka yang semakin kronik tu.

joey said...

semua tahu PR yang sebenarnya banyak mengalami masalah sekarang ini. contoh yang terbaru adalah kekecohan dalam pemilihan PKR. sesama ahli PKR sendiri pun boleh berlaku kekecohan, menunjukkan mereka gagal mengawal ahli mereka sendiri.

langsat said...

saya rasa yang sebenarnya ada percanggahan dan sering menimbulkan konstroversi adalah PR sendiri.

langsat said...

baru juga semalam di berita TV1 jam 12am, 2 oct 2010 disiarkan tentang PR sebagai parti samseng... tolong jawab sikit..

langsat said...

mimpi PKR-PR hilang kuasa pada PRU-13 bertambah Ngeri..