Salhan K Ahmad & Joseph Sipalan |
Keadaan itu, kata beliau yang juga ketua PKR Wilayah Persekutuan, antara lain, boleh dilihat apabila terdapat kalangan pemimpin yang bergabung untuk menentang beliau dalam kempen kali ini.
"Dan inilah orang yang mendakwa mereka mahukan perpaduan (tapi kata) jangan cabar kepemimpinan. Tapi mereka masih bergabung, mereka adakan sidang akhbar, mereka kata 'orang ini tidak setia, kesetiaan mereka dipertikai.'
"Adakah saya persoalkan kesetiaan sesiapa? (Isu) kesetiaan telah ditimbulkan, jadi saya pula bertanya, kesetiaan kepada siapa? Jika anda setia kepada reformasi, perubahan dan menegakkan keadilan, saya rasa ianya satu persoalan yang penting.
"Adakah mereka setia kepada perkara ini juga?" soalnya lagi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Jangan tekan cabang
Jelasnya, tindakan sesetengah cabang untuk mencabar status quo parti juga tidak seharusnya dihalang kerana ia adalah sebahagian daripada proses kematangan parti itu.
"PKR berpura-pura sebagai parti yang progresif, tapi sebenarnya tidak. Kita perlu bergerak ke peringkat yang lebih tinggi dan parti ini dalam proses pembelajaran. Kita perlu hormati ketua cabang dan jangan tekan mereka.
"Kalau mereka mahu calonkan Tian Chua, Gobalakrishnan, Zaid, biarkan. Anda kena percaya bahawa anggota parti anda tahu bagaimana untuk membuat keputusan. Inilah masalah dalam Umno dulu.
"Saya rasa kita tidak patut contohi sebab dalam Umno sejak sekian lama barisan pemimpin telah ditetapkan supaya orang tertentu saja boleh masuk dan orang tertentu saja boleh naik.
"Mereka mahu kekalkan orang dalam kelas tertentu sahaja. Itulah sebab mengapa (Umno) lemah," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan pencabarnya Azmin Ali sebelum ini yang berkata, anggota baru seperti Zaid tidak sepatutnya menyerang pemimpin lama seperti Syed Husin Ali yang telah teruji dalam perjuangan parti.
"Apa yang dia maksudkan ialah orang baru tidak sepatutnya mengambil peluang (bertanding jawatan). Ahli dalam parti mahu saya naik, seperti yang saya kata, dan oleh itu kita perlu hormati proses ini. Bukan saya (saja), ada ramai ahli dalam PKR yang setuju dengan apa yang saya katakan.
"Jadi siapakah (Azmin) hendak katakan (begitu). Berterus-terang sajalah mengenainya, katalah saya tidak patut ambil peluang (bertanding)," katanya lagi.
Menurut Zaid, isu kesetiaan juga tidak sepatutnya ditimbulkan oleh Azmin sebagai rakan sekerjanya dalam parti.
“Sepertimana anda tidak tanya isteri anda 'adakah anda setia kepada saya' sebab kita dalam satu keluarga, kita tidak tanya perkara seperti itu. Sebaik saja kita tanya, ia akan timbulkan ketegangan. Ia akan memperkenalkan kecurigaan ke dalam parti," katanya lagi.
Anwar, jelaskan 'Kuda Trojan'
Zaid yang juga seorang peminat kuda berkata, ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan kenyataannya sebelum ini mengenai Kuda Trojan yang mungkin telah menyelinap ke dalam parti itu.
"Saya tidak tahu dengan pasti (sama ada Anwar memaksudkan dirinya). Tapi saya rasa Anwar tidak patut terus dengan gaya membuat kenyataan kiasan mengenai satu perkara yang sangat serius.
"Sebagai seorang pemimpin anda mesti boleh dipercayai dan bertanggungjawab. Dan bila anda kata perkara penting seperti itu dalam keadaan pemilihan sekarang, saya rasa adil sekiranya dia (bertindak) demikian dan memberi bukti.
"Saya tidak fikir dia maksudkan saya, (tapi) ada yang fikir begitu," katanya yang turut menjelaskan ikrarnya sebelum ini untuk mengukuhkan fungsi penyandang jawatan presiden parti itu Dr Wan Azizah Ismail.
Katanya lagi, beliau tidak tahu mengapa ada orang yang begitu marah apabila beliau berkata bahawa parti tidak perlu mempunyai struktur seperti itu.
"Bila kita ada struktur seperti itu, orang akan bertanya soalan. Saya cuma jelaskan bahawa parti kita tidak perlu buat begitu,” kataya lagi.
"Semua orang tahu Anwar ialah pemimpinnya, kenapa kita perlu berselindung di sebalik topeng? Saya simpati kepada Azizah dalam perkara ini. Saya boleh faham (keperluan jawatan ketua umum) pada 2006 dan 2007, tapi saya tidak faham mengapa kita perlu ada susunan seperti itu.
"Yalah, pada masa itu dia (Anwar) tidak layak bertanding. Itulah sebabnya saya kata masa itu betul, tapi apa penjelasan sekarang? Jadi kalau dia tak mahu jadi presiden, itu terpulang kepadanya,” katanya.
Ilusi, proksi, kronisme
Ketika diminta mengulas kebimbangan di kalangan ahli parti bahawa Anwar mungkin ditahan semula, Zaid berkata, mereka tidak boleh “tinggal dalam dunia ilusi.”
"Kita tidak boleh hidup dengan andaian apa yang mungkin berlaku. Anwar perlu ada keyakinan dalam kes beliau. Bila masalah itu timbul kita akan putuskan dalam masa yang lain, tetapi seperti yang saya kata jika dia tidak mahu jadi presiden itu adalah haknya. Tapi itu tidak memberikan semua kuasa kepada presiden sebenar,” tambahnya.
Jelasnya lagi, struktur seperti itu akan memberi ruang untuk berlakunya kawalan ke atas parti melalui proksi dan kronisme.
"Kita sebagai organisasi politik tidak boleh ditadbir secara proksi. Beginilah kita bentuk kronisme, inilah bagaimana kita mencipta kepercayaan yang kita boleh manipulasi dan kawal.
"Sebab itulah persepsinya, 'saya tidak ada kuasa tapi saya ada kawalan'. Ini tidak baik. Satu hari nanti, anda akan ada seorang presiden, tidak kiralah siapa, tapi dia berada bawah kawalan orang lain. Mungkin bukan Anwar pada masa itu, boleh jadi orang lain sebab kita sudah ada budaya di dalam parti di mana kawalan itu berada di luar (struktur parti).
"Itulah yang saya kata. Saya cuma memperkatakan apa yang semua orang tahu, tapi tentulah orang lain tak akan bercakap (mengenai perkara ini)," katanya lagi.
14 comments:
apa yang berlaku dalam pemilihan PKR menunjukkan PKR mungkin mengalami masalah dalaman dan terdapat pemimpin yang tidak sehaluan.
Pening. Abaikan saja mana yang sudah ketara tidak betul.
nampaknya PKR ni byk masalah, keadan seperti tak seharusnya timbul.
masalah demi masalah melanda PKR. ada pemimpin letak jawatan dan ada yang sudah surrender...what say you PKR?
rakyat memerhati...
rakyat melihat keretakan yang berlaku dalam sesebuah parti sebagai sesuatu yang serius. jika parti sendiri tidak mampu dijaga, bagaimana pula dengan sebuah negara.. jadi jangan salahkan rakyat jika pilihan rakyat kelak tidak memihak kepada PKR/PR.
selepas ini pasti lebih banyak krisis yang berlaku dalam kepimpinan PKR jika pemimpin atasan tidak serius menangani masalah dalaman parti..
apa yang berlaku ketika pemilihan PKR menampakkan terdapatnya masalah dalam parti PKR ini.
Ya, saya juga berpendapat sama, PKR masih belum matang lagi. Mereka seharusnya berusaha lagi jika ingin mendapatkan sokongan rakyat.
Zaid padani dalam berkata-kata, ini untuk menutup masalah PKR saja. Kita boleh tahu sendiri, alasannya adalah untuk menuju kematangan. Tapi apa pula dengan yang berlaku baru-baru ini peti-peti undi yang hilang dan taburan kertas undi dijalanan. adakah itu menuju kematangan atau ketidak puas hati sesuatu pihak? ini boleh dirumuskan PKR memang tidak boleh memimpin, kerana mereka ini mempunyai sifat yang agresif.
Dalam kesetiaan, susah kita mahu menjangka sesuatu kesetiaan dalam politik ini. Apa-apa pun boleh berlaku dalam politik ini. Fikiran manusi bila-bila boleh bertukar.
PKR wouldn't go far if their internal problems doesn't solve.
Segala yang berlaku pada PKR sekarang adalah proses kematangan yang dihadapi semua parti politik.
This scene is not good for PKR...if they dont clear & arrange their act together, they will going to be in a bad position for the next GE...oh well, this development might be a good news to BN afterall..some lose, some gain....
Post a Comment