Jumaat, 18 Januari 2019

Serbuan kelima SPRM di SSM rampas 7 lagi kotak dokumen

MALAYSIAKINI

   

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) diserbu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM buat kali kelima, semalam.

Serbuan itu dikaitkan dengan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berhubung projek RM500 juta yang dilaksanakan SSM, lapor The Malaysian Insight.

Pegawai penyiasat SPRM dikatakan tiba di bangunan SSM pukul 11 pagi bagi mencari fail dan dokumen yang dapat membantu siasatan dan hanya meninggalkan suruhanjaya itu pukul 5 petang.

Pegawai penyiasat membawa pulang tujuh kotak dokumen yang menjadikan jumlah kotak dokumen yang disita sebanyak 77 kesemuanya dalam siri operasi yang bermula 9 Jan lalu.

"Saksi akan dipanggil dalam masa terdekat," kata sumber SPRM yang dipetik sebagai berkata.

Anggota Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin menggesa pihak berkuasa menyiasat projek kontroversi berkaitan SSM dua bulan lalu.

Sumber berkata SPRM juga sebelum ini menyerbu empat syarikat di Kuala Lumpur berhubung siasatan kes berkenaan.


Tiada ulasan: