Selasa, 19 April 2016

PM baru kena bersihkan kandang Augean - Kit Siang

MALAYSIAKINI





Pemimpin pembangkang veteran hari ini memetik mitologi Greek untuk menekankan keperluan Malaysia untuk ditunjangi perdana menteri dan menteri kewangan yang baru.

Sambil memberi perumpamaan berdasarkan mitologi itu, Lim Kit Siang berkata, adalah menjadi dasaran kepada tugas wira yang digelar Herculas untuk membersihkan Augean Stables ekoran dakwaan “skandal” Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam dua minggu yang lepas, menurut beliau, bukan sahaja merupakan bencana kepada 1MDBm tetapi juga mimpi ngeri yang terjadi kepada Malaysia.

Episod pertama ialah apabila laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung 1MDB disebut-sebut sebagai faktor 'pembebasan' Najib dari dikaitkan dengan 1MDB, namun apa yang berlaku seterusnya adalah sebaliknya, ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Keduanya, tambah beliau, apabila International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi dalam kenyataanya kepada Bursa Saham London pada 11 April yang lalu menyatakan bahawa pihaknya mahupun anak syarikatnya, Aabar Investments PJS menerima AS$3.5 bilion yang dibayar kepada Aabar Investments PJS Limited yang ditubuhkan British Virgin Islands (Aabar BVI).

Ekoran daripada itu, pemimpin DAP itu berkata, Menteri Luar Saudi, Adel Al-Jubeir mengeluarkan kenyataan mengenai derma kepada Najib.

Lim menekankan sebelum ini menteri berkenaan ada menyatakan bahawa beliau tidak fikir dana itu sebagai derma politik, sebaliknya pelaburan oleh warga swasta Saudi.

“Lebih buruk lagi, suatu rakaman muncul yang menyaksikan Adel tidak pernah mengakui bahawa kerajaan Arab Saudi sebagai ‘penderma’.

“Al-Jubeir tidak pernah mengakui atau mengumumkan bahawa derma datang dari kerajan Arab Saudi, hanya beliau sedar Najib dakwa derma dari Arab Saudi – yang mana bercanggah untuk mengumumkan duit berbilion dalam akaun Najib adalah derma kerajaan Arab Saudi,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, pihak kerajaan menyatakan derma datangnya dari kerabat diraja Arab Saudi dan surat daripada putera Saudi diterbitkan oleh Australian Broadcasting Corporation.


Tiada ulasan: