Isnin, 4 April 2016

DAH ADA IKRAR PULAK DAH??

shahbudindotcom



Tontonilah video di bawah ini di mana orang-orang kampung pun sekarang ini sudah diminta berikrar menyatakan sokongan kepada Najib Razak.


Tidak cukupkah dengan sebahagian besar Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Naib Ketua UMNO Bahagian yang sudah menyatakan sokongan terbuka kepada Najib sebelum ini?

Tidak cukupkah dengan adanya UMNO negeri mewujudkan deklarasi sokongan, malah beberapa UMNO Bahagian dan NGO juga turut berbuat demikian?

Tidak cukup lagikah dengan segala macam kelompok veteran, bekas pemimpin dan mereka yang pernah menjadi wakil rakyat yang turut tampil menyatakan sokongan?

Apakah kedudukan Najib sudah begitu rapuh dan ibarat telur di hujung tanduk sekarang ini sehingga semua segmen sokongan diperlukan untuk menahannya daripada tumbang dan terkulai?

Jika Najib benar-benar masih kuat, apa perlunya sampai orang kampung diminta berikrar sebegitu?

Siapa lagi selepas ini yang akan diminta berikrar dan bersumpah taat setia kepada Pahlawan Bugis yang secara umumnya sudah begitu popular di seluruh dunia dengan cerita-cerita skandalnya?


Tiada ulasan: