Jumaat, 13 Disember 2013

Zahid minta Mat Sabu jangan berpura-pura


MALAYSIA KINI
 
 
 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu supaya tidak berpura-pura atau bertaqiyyah setelah disahkan oleh kementeriannya bahawa pemimpin nombor dua parti pembangkang itu terlibat dengan fahaman Syiah.

NONEBeliau mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi di Putrajaya hari ini bahawa Mohamad (kiri) cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia berdasarkan 10 maklumat yang diterima kementerian.

Agensi berita nasional, Bernama melaporkan Ahmad Zahid mahu menangani segera Syiah di negara ini bagi memastikan tiada isu keselamatan yang mungkin dicetuskan penganut fahaman itu.
  
Sambil menegaskan tidak mahu berkompromi dalam soal keselamatan negara, katanya beliau juga tidak peduli jika ada pihak tertentu terutama pemimpin PAS yang mencemuh atau melempar cacian di atas ketegasannya memerangi Syiah.
  
"Dalam soal politik kita boleh berbeza pendapat tetapi bab akidah hanya satu iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya tidak akan berkompromi soal keselamatan kerana tidak mahu umat Islam di negara ini berpecah dua.
  
"Dalam Islam tiada fahaman lain selain sunni," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Anugerah Buku Negara 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
  
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid berkata KDN mengharamkan penerbitan dan percetakan sebuah buku yang telah diterjemah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia kerana mengandungi fahaman Syiah.
  
Beliau akan mengeluarkan maklumat mengenai buku itu dalam  masa terdekat.
  
Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut merasmikan Ekspo Buku 1Malaysia anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara.- Bernama

Tiada ulasan: