Jumaat, 27 Disember 2013

Yayasan Islam Terengganu dikecam tidak sambung perkhidmatan guru KAFA

Oleh Fariz Musa


Jingga 13 Malaysia mengecam tindakan Yayasan Islam Terengganu yang telah mengambil tindakan drastik dengan tidak menyambung perkhidmatan sejumlah besar guru KAFA berkhidmat di negeri Terengganu tanpa memberikan apa-apa alasan yang munasabah.

Merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh Yayasan Islam Terengganu bertarikh 16 Disember 2013 , Pengarah Yayasan Islam Terengganu,Tuan Ahmad Fadluldin bin Mohamad langsung TIDAK menyatakan alasan mengapa perkhidmatan guru-guru KAFA tersebut tidak disambung.

Menurut Garis Panduan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Jakim 2011, Perkara 9 yang dirujuk oleh beliau di dalam surat berkenaan menyatakan bahawa perkhidmatan guru KAFA boleh dihentikan pada bila-bila masa dengan dinyatakan sebab-sebab tertentu.

yayasan

Namun pihak Yayasan Islam Terengganu langsung tidak menyatakan sebab musabab tindakan yang telah diambil oleh mereka sehingga tidak disambung perkhidmatan Guru-Guru KAFA tersebut.

Difahamkan bahawa tindakan tersebut adalah tindakan balas dendam pimpinan UMNOBN Terengganu terhadap Guru-Guru KAFA dan keluarga mereka yang dituduh menyokong Pakatan Rakyat sewaktu PRU13 lalu.

Andai benar tuduhan tersebut ini menunjukkan betapa tidak profesional dan tidak matangnya tindakan oleh Pimpinan UMNOBN Terengganu dan membuktikan Yayasan Islam Terengganu tunduk dengan kezaliman.

Isu ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Yayasan Islam Terengganu kerana ianya melibatkan satu tuduhan yang serius yang mana ianya akan menjejaskan integriti Yayasan Islam Terengganu sendiri sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan bagi menjalankan dakwah serta penyelidikan yang berkaitan hal ehwal agama Islam.

Adakah pihak Yayasan Islam Terengganu sebagai sebuah institusi yang diperbadankan dan mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri tidak mempunyai sensitiviti dengan mempertimbangkan kesusahan yang bakal dihadapi oleh guru-guru KAFA tersebut yang mungkin mempunyai banyak tanggungan dan bergantung sepenuhnya kepada pendapatan yang diperolehi melalui tugas sebagai seorang guru KAFA.

Jingga13 Malaysia dengan ini mendesak pihak Yayasan Islam Terengganu MENARIK BALIK keputusan serta membuat perlantikan semula kesemua Guru-Guru KAFA yang telah dihentikan perkhidmatan mereka.

Yayasan Islam Terengganu sewajarnya bersifat matang dan profesional serta tidak tunduk kepada tekanan politik , sempit dan murahan sehingga sanggup bertindak ZALIM dan TIDAK BERPERIKEMANUSIAN dan MENGANIAYA Guru-Guru KAFA yang tidak lagi disambung perkhidmatan mereka serta langsung TIDAK MENUNJUKKAN ETIKA ISLAM tetapi lebih bersikap tunduk kepada budaya politik kotor dan menjijikan.

jinggadownload

JINGGA 13 Malaysia yakin guru-guru KAFA yang dilantik oleh Yayasan Islam Terengganu adalah merupakan yang berkelayakan setelah melalui ujian atau temuduga yang dijalankan oleh pihak Yayasan Islam Terengganu sendiri serta berpengalaman dalam mendidik anak bangsa dalam bidang agama Islam.

JINGGA 13 Malaysia mendesak agar Kerajaan Negeri Terengganu mengambil perhatian kepada isu ini serta menyelesaikannya dengan penuh bijaksana,jangan sampai majoriti Guru-Guru KAFA ini merupakan anak negeri Terengganu dizalimi dan diinaya tanpa sebarang pembelaan. – 26 Disember 2013

* Fariz Musa ialah Koordinator Jingga 13

Tiada ulasan: