Isnin, 23 Disember 2013

Pengerusi PAC jangka BN kalah lebih teruk PRU14

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Barisan Nasional mungkin mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dalam PRU14, kata Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Gambar fail.Barisan Nasional mungkin mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dalam PRU14, kata Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Gambar fail.























Datuk Nur Jazlan Mohamed menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang  berikutan kenaikan harga barang dan kos kehidupan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu berkata, kerajaan terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat akibat kenaikan kos berkenaan.

“Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi kerajaan. (Dalam) PRU13 kita sudah kalah di bandar dan PRU14 nanti, BN akan (kalah) lebih teruk (di bandar),” kata Ahli Parlimen Pulai itu dipetik daripada laporan Sinar Harian hari ini.

Beliau turut mempertahankan tindakan kerajaan yang mungkin terpaksa mengorbankan janji pilihan raya – untuk menurunkan kos sara hidup.

“Ada ketikanya, kerajaan tidak dapat elak demi kepentingan negara. Jadi perlu dikorbankan (manifesto itu),” katanya.

Nur Jazlan berkata, kemarahan rakyat akibat kenaikan harga barangan seperti minyak, gula, elektrik, dan tol disebabkan kadar kenaian mendadak berikutan kerajaan sudah lama menangguhkan kenaikan tersebut demi menghadapi pilihan raya.

“Kerajaan (sepatutnya) jangan buat keputusan (untuk menaikkan harga barang atau sebagainya) ikut kebimbangan (kerana berhadapan dengan) pilihan raya bagi meraih sokongan (pengundi), tetapi seharusnya buat keputusan ikut kepentingan negara.

“Bila sudah lama sangat tangguh, akhirnya kerajaan terpaksa laksanakan juga,” katanya.

Nur Jalan bagaimanapun menolak andaian bahawa kenaikan harga barangan adalah hukuman, sebaliknya menegaskan ia merupakan tuntutan semasa.

Putrajaya mengumumkan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen ketika pembentangan Bajet 2014.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan.

Ini kerana, katanya, perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya dan tiba masanya untuk kadar tol naik kerana perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

Sebelum itu, pada 2 September, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen.

Berdasarkan kenaikan itu, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2

Tiada ulasan: