Jumaat, 13 Disember 2013

Semakan Kenaikan Harga Tambang Bas Teksi 2014 : Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

   


Bas Teksi Naik



Nampaknya, selesai sahaja pilihanraya, ramai rupanya yang “beratur panjang” untuk membuat semakan kenaikan harga kepada untuk dilepaskan kepada rakyat Malaysia seperti anda, anda di sini.

Terkini….

Terkini pihak SPAD begitu sibuk merangka dan melakukan kajian untuk anda semua menerima berita rasmi nilai kenaikan tambang bas dan tambang teksi 2014 tidak lama sahaja lagi.

Kalau berita (DI SINI), pengguna dan penumpang LRT Monorel terkena kesannya kenaikan harga tambang tidak lama sahaja lagi. Bagi penggunabas dan juga teksi, ini pula bahagian berita kenaikan untuk anda pula.

Jadi, cadangan Berita Semasa di sini, jikalau kerajaan melalui SPAD sayangkan rakyat Malaysia letakkan beban kenaikan harga tambang bas dan teksi ini diletakkan kepada warga asing yang menggunapakan perkhidmatan ini. Di mana rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem rebet contohnya memegang Mykad mendapat diskaun sekitar 50%. Untuk rakyat bukan, apa salahnya. Atau anda ada cadangan lain, mohon kongsikan bersama kami. Sesuailah dengan slogan :
“Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”
Harap cadangan Berita Semasa ini dipertimbangkan. Insyaallah. Tidak rugi membantu rakyat dengan mekanisme yang lebih baik. Jangan kusutkan fikiran rakyat dengan berita-berita kenaikan seperti ini yang terpaksa ditanggung mereka. Yang mana akhirnya bakal memberikan kesan yang kurang baik produktiviti & hasil kerja mereka.

Entahlah apabila difikirkan, sepatutnya bagai mengurangkan kesesakan di jalan raya memandangkan sistem trafik yang masih lagi menyedihkan, apa salahnya diberikan kadar tambang yang berpatutan untuk pengguna pengangkutan awam dengan harapan memberikan galakan untuk warga kota menggunapakai perkhidmatan awam.

P/S : Adalah selepas pengusaha bas sekolah akan mengmabil giliran seterusnya bagi mendesak semakan kenaikan tambang bas sekolah dinaikkan pula?

Tiada ulasan: