Ekoran pengumuman Setiausaha Agung Umno, Teaku Adnan Mansor yang seorang pendakwah bebas menganggotai Majlis Tertinggi Umno ia menimbulkan sedikit hebuh di media massa. Beberapa pemimpin Pas juga turut membuat ulasan terhadap perlantikan pendakwah itu. Banyak teguran dan sidiran dilepaskan kepada pendakwah berkenaan. Kenapa?
Kehebuhan itu mungkin kerana beliau sebelum ini adalah seorang ahli Pas dan pernah mencemuh Umno? Jadi Pas merasa sedikit terkilan dan kesal atas apa yang berlaku. Bagi saya tidak ada masalah, Pas tidak perlu kesal atau terkilan. Berhijrah dalam politik adalah perkara biasa yang tidak perlu diperdebatkan. Kejadian seperti itu bukan perkara baru dan pertama kali.
Lagipun era ini bukan lagi era halal haram atau mengtakfir.
Ustaz itu ada pandangannya sendiri. Dia ada keyakinannya sendiri. Mungkin dia menyedari bahawa politik adalah politik yang tidak boleh dihubungkaitkan dengan agama. Berbeza dengan pegangan filsofi Pas yang menerima semua perkara berhubung kait dengan agama, hatta politik. Maka kalau hendak menyertai politik harus memilih politik (parti) yang ada unsur-unsur agama. Kalau tidak ianya salah. Begitukah?
Jadi biarlah ustaz itu dengan keputusannya. Kalau dia menerima perlantikan itu mesti dia ada misi dan tujuan tersendiri. Dia tidak akan sengaja membawa masuk dirinya ke dalam terowong hitam. Dalam soal ini saya tidak nampak glamour atau wang yang dikejarnya kerana itu sudah dimilikinya.
Masa dan kepercayaan perlu diberikan kepadanya. Manalah tahu dengan adanya beliau dalam Umno sedikit sebanyak mengubah persepsi Umno terhadap agama atau perjuangan menegak agama dilakukan oleh pihak lain selama ini. Akhirnya menatijahkan keinginan kita semua untuk melihat wujudnya sebuah perpaduan Melayu nasional.
Kalau kesediaan Umno mengambilnya kerana ada agenda serta motif tertentu, ustaz itu juga diharap ada agendanya tersendiri. Beliau jangan mengsia-siakan peluang. Kita tidak fikir dia akan merosakan reputasinya sebagai pendakwa bebas semudah itu dengan hanya menerima perlantikan sebagai anggota MT.
Dan apabila dia sudah mengenali Umno; budaya dan segala macamnya dengan kepalanya sendiri barulah dia tahu apakah (kalau dia menerima perlantikan) tindakannya itu benar atau tidak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan