MALAYIAKINI
NGO
pendesak PERKASA mengakui bahawa tiga agensi utama kerajaan – Majlis
Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal
Khas (JASA) menyalurkan bantuan kepada pertubuhan berkenaan bagi
menjayakan programnya.Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata bantuan yang disalurkan oleh agensi kerajaan kepada pertubuhan itu bagaimanapun tidaklah sebanyak mana berbanding dengan usaha yang dijalankan untuk menarik sokongan golongan Melayu kepada BN.
Syed Hassan berkata demikian bagi menjawab kenyataan anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Isa Samad yang tidak yakin dengan kemampuan PERKASA untuk mengantikan Umno dalam membela nasib orang Melayu.
Beliau berkata, Isa membuat kenyataan tidak bertanggungjawab apabila menyatakan bahawa PERKASA sendiri pun banyak menerima bantuan Umno selama ini.
“Perkasa harap Tan Sri Isa dpt senaraikan jumlah bantuan diberi kpd Perkasa untuk jayakan program selama ini. Berapa banyak? Berjuta-jutakah? Berbilion-bilionkah?,” katanya dalam satu kenyataan.
“Begitu juga dakwaannya bahawa agensi-agensi kerajaan bantu PERKASA. Kami tak nafikan ada agensi seperti MKN, BTN dan JASA bantu PERKASA untuk jayakan beberapa program terpilih yang mana pada PERKASA tidak lebih yg diberi kepada NGO lain termasuk NGO kaum Cina dan India.
“Bantuan seperti pemberian kepada anak kecil itu usahlah diungkit-ungkit.
"Kalau nak banding apa yang PERKASA dah laksanakan untuk menarik sokongan balik Melayu kepada BN, apalah sangat jumlah bantuan yang agensi itu beri,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan