Khamis, 5 Disember 2013

Pemuda 21 tahun korban pertama banjir di Pahang

 

 


Banjir di Pahang meragut satu nyawa, Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas petang semalam di Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut.

Dua beranak, Jamal Ali, 40-an, Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai Megat, berusia belasan tahun, hilang apabila terjatuh ke dalam air semasa memindahkan barang di Perkampungan Sungai Isap kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Kejadian berlaku dalam keadaan banjir semakin buruk di Pahang dan negeri- negeri pantai timur dengan jumlah yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkat.

Tiada ulasan: