Jumaat, 13 Disember 2013

LRT Putra Monorel Naik Harga Tambang Tahun 2014. Putra LRT di KLCC Sudah Mula Rosak!

 


PUTRA LRT KLCC Rosak



(KLIK SINI DULU) Jikalau sebelum ini, rakyat Malaysia disuapkan dengan berita dan pengumuman harga minyak naik, gula pun naik harga, pos pun naik cajnya, harga makanan? Pun naik sama. Harga ikan, ayam pun tidak terlepas daripaa kesanan rantaian kenaikan harga barang.

Tarif elektrik pun tidak terkecuali daripada menyertai bersama gelombang yang berlaku sekarang (bukan gelombang banjir tetapi gelombang kenaikan kos sara hidup ketika ini). Dan terbaru tiba giliran yang seterusnya, LRT komuter akan naik harga tidak lama sahaja lagi.

Harga Tambang LRT Naik 2014 : Sebab?

 

Bagi menghalalkan kenaikan LRT kali ini, alasan 10 tahun tidak berlaku sebarang kenaikan LRT telah digunapakai. Dan semakan Berita Semasa juga menunjukkan LRT tidak pernah naik harga lagi semenjak tahun 2003 lagi. Ingat lagi pengguna tegar LRT? Seiingat Berita Semasa yang pernah dinaikkan harga adalah pas bulanan daripada RM90 sebulan kepada RM100 sebulan di mana tiada limit untuk menaiki tren.

Bagi pendapat Berita Semasa andaikata SPAD mahu naik tambang LRT, agak munasabah ketika ini mengenangkan tambang LRT tidak pernah naik selama tempoh 10 tahun lamanya.

Monorel? Andaikata dinaikkan harga tambang, sangat-sangat tidak patut. Merepak. Hant Tuah ke Imbi tambangnya RM1.20 daripada menunggu masa tunggu tren monorel datang, lebih baik jalan kaki sahaja terus dari Hang Tuah ke Imbi. lebih-lebih lagi perkhidmatan monorel sentiasa penuh, stesennya pula Berita semasa lihatkan sangat tidak mesra pengguna. Walaubagaimanapun, andaikata SPA bertindak untuk menaikkan juga kad tambang bulanan MyRapid, itu boleh Berita Semasa kirakan sebagai melampau!

Perkhidmatan LRT untuk bergerak menggunakan bekalan elektrik, PUTRA LRT setahun perbelanjaannya untuk menampung kos bekalan elektrik sahaja telah mencapai ke angka RM1.2 bilion. Jadi apabila tarif elektrik dinaikkan adakah tambang LRT masih kekal seperti yang ada sekarang? Apa pandangan dan hujah balas andada pula?

P/S : Jadi benarkah kenaikan tarif elektrik bermula 1 Januari 2014 tidak beri kesan rantaian kepada kenaikan kos sara hidup di Malaysia?

Tiada ulasan: