Pilihanraya umpama ikatan perkahwinan
antara pemimpin politik yang dahagakan tampuk kuasa dengan rakyat
marhaen. Sebelum kahwin acapkali menjanjikan bulan dan bintang kepada
pasangan iaitu anda sebagai rakyat Malaysia. Tetapi, malangnya selepas
berkahwin terus bertukar kepada wajah sebenarnya. Cakapnya, tindakannya,
perlakuannya…..
Kalau Tol Tidak Naik, Cukai Akan Naik
Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan langkah kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran tol dan berkata, sekiranya harga tol kekal, Putrajaya terpaksa menaikkan kadar cukai.Menurut Perdana Menteri, pihaknya bagaimanapun sedang meneliti beberapa kaedah untuk memberikan kesan minimum kepada pengguna tol tetap untuk mengelakkan mereka terbeban dengan kenaikan kadar berkenaan.“Kalau tak kena tol kita kena naikkan cukai. Cukai ni kena semua. Tol orang lalu akan bayar. Tapi kerajaan memikirkan agar kenaikan ini tidak akan memberi keuntungan tak munasabah kepada tol operator.Sumber : Malaysian Insider
Datuk Seri Najib Razak telah memberikan
kata dua kepada rakyat Malaysia, samada tol naik atau cukai naik?
Disebabkan rakyat Malaysia tidak semuanya menggunakan tol setiap hari,
maka kenaikan tol “dihalalkan”. Adakah ini antara alasan yang wajar
daripada seoarang yang bergelar Perdana Menteri merangkap Menteri
Kewangan Malaysia?
Bukankah kerajaan berjanji untuk menurunkan kadar tol di Malaysia. Mengapa cepat benar bertukar kenyataan?
- TOL = Cukai
- Adakah kita bayar cukai setiap kali melalui lebuhraya?
- Adakah minuman percuma di setiap hentian rehat?
- Bukankah selama ini kita membayar kos perkhidmatan apabila menggunakan lebuhraya?
- Adakah harga makanan dan minuman murah atau lebih rendah di mana-mana R &R di sepanjang jalan?
Manifesto Barisan Nasional PRU Ke 13
Macammanalah perjanjian sebegini rupa boleh dipersetujui bersama. Betul-betul menekan rakyat bawahan.
Pada pendapat Berita Semasa sepatutnya
mana-mana pemegang konsesi telah pun mendapat break even, kadar tol yang
dikenakan sepatutnya dikekalkan untuk tujuan hanya bagi tujuan
menampung penyelenggaraan yang dilakukan hanya sekali sekala. Kerajaan
telah buat silap melibatkan perjanjian dengan pemegang konsesi tol dan
Berita Semasa berharap perjanjian yang cukup berat sebelah dengan
pemegang konsesi tol seperti mana yang berlaku pada perjian dnegan
pemegang IPP (SEPERTI DI SINI) disemak semula dengan segera.
Ini kerana dengan kenaikan tol, bakal memberikan impak hebat ditambah dengan kenaikan tarif elektrik (KLIK SINI), dan juga kenaikan harga minyak (SEPERTI DI SINI).
Dalam jangka masa pendek, semua kos akan meningkat seolah-oleh tembok
Iskandar Zulkarnain sudah tidak dapat menahan Yakjuj dan Makjuj ini. Apa
pendapat balas anda pula mengenai gelombang dan kesan rantaian dek
kerana kenaikan tol selepas ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan