Sabtu, 7 Disember 2013

Isu Syiah : Zahid Hamidi Beri Isyarat kepada Pimpinan PAS

RAKYAT NEWS

 
KUALA LUMPUR  - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi isyarat akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pemimpin Pas yang terlibat dalam kumpulan Syiah di negara ini.
 
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Pas sewajarnya bersama-sama dengan pihak Kerajaan dalam membanteras ajaran Syiah di samping menyatakan komitmen politik (Pas) untuk menolak pemimpin besar kumpulan ajaran sesat itu daripada kepimpinan parti itu.
 
"Kita tahu siapa pemimpin Pas yang syiah, (iaitu) Orang kedua dalam parti Pas tersebut," tegasnya ketika berucap dalam Pengulungan Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini hari ini.
 
Ahmad Zahid mencadangkan agar Kementerian Dalam Negeri berkerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menangani ajaran sesat.
 
"Saya mencadangkan agar ditubuhkan segera suruhanjaya dalam menangani ajaran sesat, dengan kerjasama antara pihak KDN dan  JAKIM perlu dilakukan secepat mungkin.
 
Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan akan meneruskan Ops Cantas sehingga semua kongsi gelap dihapuskan di Malaysia.
 
"Di sini saya ingin umumkan bahawa Ops Cantas akan diteruskan sehingga semua kongsi gelap dihapuskan.
 
"KDN juga akan meneruskan Ops-ops yang telah dijalankan dan kami ingin mengucap terima kasih kepada rakyat atas sokongan mereka".

Tiada ulasan: