Isnin, 16 Disember 2013

Husam turun pangkat?

 
Husam bukan sahaja kehilangan jawatan Exco Kerajaan Negeri selepas PRU ke 13 malah kali ini beliau diturunkan pangkat pula dalam kepimpinan negeri.




KOTA BARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa  (gambar) diturunkan pangkat dari Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan II kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan III.

Husam bukan sahaja kehilangan jawatan Exco Kerajaan Negeri selepas PRU ke 13 malah kali ini beliau diturunkan pangkat pula dalam kepimpinan negeri.

Dalam barisan Perhubungan PAS Kelantan yang diumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Datuk Nik Amar Nik Abdullah dilantik Timbalan Pesuruhjaya Negeri I manakala tempat Husam diisi oleh Senator Johari Mat.

Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar mengumumkan perlantikan  Zulkifli Mamat sebagai Setiausaha Perhubungan, manakala Datuk Nasaruddin Daud sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Hanifa Ahmad sebagai Bendahari.

Ahmad melantik ahli parlimen Kota Baru, Datuk Takiyuddin Hassan sebagai pengarah pilihanraya dan beliau melantik semua Exco Kerajaan Negeri sebagai ahli jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri,

Mereka termasuk Mumtaz Nawi, Datuk Dr Fadzli Hassan, Datuk Abdullah Mat Nawi dan Datuk Abdul fatah Mahmoof.

Husam tidak dapat dihubungi untuk komen selanjutnya.

Tiada ulasan: