Jumaat, 6 Disember 2013

Giliran MCA pula



Oleh Subky Latif



Tiga bulan dulu semuanya tertumpu kepada pemilihan pimpinan Umno. Sistem baru pemilihannya menjadikan parti itu terbuka kepada setiap ahli menawarkan diri untuk bertanding apa jawatan juga.

Dato Najib menawarkan kesediaan untuk ditandingi oleh sesiapa saja. Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Tengku Razaleigh pun boleh. Ramai ahli Majlis Tertinggi menawar tidak bertanding. Reaksi Muhyiddin ialah dia sedia juga sedia ditandingi oleh sesiapa akan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden, bukan mencabar Presiden.

Ia berakhir dengan calon yang berpotensi mencabar Presiden, Tengku Razaleigh tidak bertanding apa-apa jawatan kecuali ketua di kawasannya Gua Musang. Dan Mukhriz Mahathir yang bertanding Naib Presiden bagi menyelamatkan masa depan Umno tak menang.

Kemudian giliran PAS pula. Jawatan sasaran ialah Timbalan Presiden yang dipegang Mohamad Sabu dan tiga jawatan Naib Presiden. Tumpuan ialah jika Tuan Ibrahim jadi calon Timbalan Presiden, ia ancaman buat Mat Sabu. Tetapi Tuan Ibrahim menyertai pertandingan Naib Presiden.

Apabila dia menyertai pertandingan itu, perhatian ialah siapa antara tiga penyandang, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar akan kalah. Tuan Ibrahim pasti dapat satu dari kerusi itu. Maka yang gugur Mahfuz dan Mat Sabu kekal.

Sekarang giliran pemilihan MCA pula. Dr Chua Sai Lek dikatakan akan berundur. Dia cuba meminggirkan Timbalannya, Tiong Lai tetapi tidak berjaya. Maka Tiong Lai pula mengumumkan akan jadi calon Presiden kiranya Soi Lek betul-betul berundur. Atau dia mencabar Soi Lek kiranya Soi tidak berundur.

Pemergian Soi Lek itu hampir pasti.

Maka kini Ong Tee Kiat, bekas Presiden yang digullingkan oleh Soi Lek menawar diri untuk kembali memimpin MCA.

Kesediaannya itu menjadikan pemilihan pimpinan MCA tambah menarik. Adakah Tee Kiat akan berlawan dengan orang kanannya dulu yakni Tong Lai atau ada orang ketiga muncul untuk menentang Tee Kiat?

Atau Soi Lek tak jadi berundur, mempertahankan jawatannya dari diambil semula oleh Tee Kiat.

Mungkin dulu jawatan dalam MCA itu menjadi rebutan oleh semua kerana ia menjanjikan kedudukan yang baik dan kekuasaan. Tetapi dengan kekalahan teruk MCA dalam PRU 13 menjadikan politiknya penat.

Soi Lek senang hati dapat menyingkirkan Tee Kiat. Tetapi dia dan MCA tidak lagi dapat banyak faedah dalam politik dengan kedudukan yang baik dalam parti. Pertama, parti itu telah membuat keputusan tidak menerima jawatan dalam kerajaan kiranya prestasi pilihan raya buruk. Memang prestasinya buruk.

Kedua, tidak nampak dalam masa lima tahun ini DAP dapat ditumpaskan. DAP dipercayai akan bertambah selesa.

Tidak banyak yang MCA dapat raih dari kedudukan DAP yanag bertambah kuat. Melainkan penat saja. Apa lagilah kalau berketuakan Soi Lek kerana vetren MCA memang lama tidak yakin dengan pimpinan Soi Lek.

Masa Soi Lek telah habis. Mungkin dia bakal mengikut jejak Samy Vellu, selepas MIC kalah dia jadi duta khas ke India, dan Ong Ka Ting pula jadi duta khas ke Negeri China.

Kiranya dia akan dijadikan duta khas, ke mana dia hendak dihantar? Ada dia tempat yang sesuai iaitu di Taiwan atau Singapura.

Akan tetapi Tiong Lai atau Tee Kiat yang jadi Presiden baru MCA, adakah dia dapat pulihkan kembali MCA yang amat tenat itu. Atau dia mewarisi kepenatan pimpinannya yang lalu?

Kalau PAS juga penat dalam politik, tetapi ia dijanjikan pahala. Itu yang menyebabkan ia kekal
dalam politik. Tetapi MCA tidak percaya tentang dosa dan pahala dalam politik

Tiada ulasan: