Jumaat, 20 Disember 2013

Dividen ASB 2013 (7.7 sen) & Bonus ASB (1 sen). Menurun Selepas Pilihanraya?

 


ASB 2013



Dividen ASB 2013 : Di saat segala kos sara hidup dan harga barang di Malaysia melonjak tinggi (SEPERTI DI SINI), ada juga yang “berjaya” mencatatkan penurunan.  Jikalau….

tahun lepas kita boleh melihatkan sendiri menjelangnya musim Pilihanraya Umum ke 13, segalanya naik berkaitan agihan dividen yang tinggi melibatkan KWSP, Tabung Haji, ASB dan tidak lupa juga Bank Rakyat. tetapi tidak untuk kali ini…..

Kadar Dividen ASB 2013 (7.7 sen) & Bonus ASB (1 sen)

Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2013 sebanyak 7.70 sen seunit beserta bonus 1.00 sen seunit.
Pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM9.38 bilion, iaitu peningkatan daripada RM7.99 bilion pada tahun 2012.
Agihan itu akan dimasukkan ke dalam akaun pemegang unit dan mereka boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di kesemua rangkaian ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014. – UTUSAN ONLINE

Sejarah Agihan Dividen ASB (Turun Naik) 

Persoalan yang Berita Semasa ingin lontarkan sekarang ini ialah, adakah pengumuman dividen ASB + bonus ASB dipengaruhi dan dimanipulasi untuk kepentingan politik? Adakah ia satu kebenaran atau kebetulan?
  1. Dividen 2013 : 7.70 + 1.00 Selepas Pilihanraya (Dividen Turun)
  2. Dividen 2012 : 7.75 + 1.15 Menjelang PILIHANRAYA (Dividen naik)
  3. Dividen 2011 : 7.65 + 1.15
  4. Dividen 2010 : 7.50 + 1.25
  5. Dividen 2009 : 7.30 + 1.25 Selepas Pilihanraya (Dividen Naik)
  6. Dividen 2008 : 7.00 + 1.75 Tahun Pilihanraya (Dividen Turun)
  7. Dividen 2007 : 8.00 + 1.00
  8. Dividen 2006 : 7.30 + 1.25
  9. Dividen 2005 : 7.25 + 1.75 Selepas PILIHANRAYA (Dividen Kekal)
  10. Dividen 2004 : 7.25 + 2.00 Tahun PILIHANRAYA (Dividen Kekal)
  11. Dividen 2003 : 7.25 + 2.00
  12. Dividen 2002 : 7.00 + 2.00
  13. Dividen 2001 : 7.00 + 3.00
  14. Dividen 2000 : 9.75 + 2.00 Selepas Pilihanraya ( Naik)
  15. Dividen 1999 : 8.50 + 1.50 + 2.0 (2sen adalah bonus istimewa) Tahun Pilihanraya (Naik)
  16. Dividen 1998 : 8.00 + 2.50
  17. Dividen 1997 : 10.25 + 1.25
  18. Dividen 1996 : 10.25 + 3.00 Selepas Pilihanraya (Naik)
  19. Dividen 1995 : 10.0 + 3.00 Tahun Pilihanraya (Naik)
  20. Dividen 1994 : 9.50 + 4.50
  21. Dividen 1993 : 9.00 + 4.50
  22. Dividen 1992 : 7.50 + 5.00
  23. Dividen 1991 : 8.50 + 4.00 Selepas Pilihanraya (Naik)
  24. Dividen 1990 : 8.00 + 6.00 Tahun Pilihanraya
P/S : Berdasarkan yang Berita Semasa terima, dijangka tahun depan tahun 2014 dividen Bank Rakyat akan menerima nasib yang serupa seperti dividen ASB pada tahun ini. Apa kata anda pula dengan pengumuman dividen ASB 2013 & Bonus ASB 2013 tahun ini?

Tiada ulasan: