Isnin, 16 Disember 2013

DAP sasar 50% sokongan Melayu untuk Pakatan kekal di Selangor

OLEH TRINNA LEONG

DAP sasar sokongan 50% sokongan orang Melayu Selangor menjelang PRU14, kata Timbalan DAP Selangor, Teresa Kok. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 Disember, 2013.DAP sasar sokongan 50% sokongan orang Melayu Selangor menjelang PRU14, kata Timbalan DAP Selangor, Teresa Kok. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari 
























DAP Selangor meletakkan sasaran untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 50% sokongan daripada majoriti Melayu di negeri itu bagi memastikan Pakatan Rakyat (PR) kekal memerintah Selangor dalam pilihan raya umum akan datang, kata Teresa Kok (gambar), hari ini.

Pengerusi DAP Selangor itu berkata, parti perlu bekerja keras bagi memastikan sokongan Melayu diperolehi terutama di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai 30% pengundi kaum itu.

“Kita harus berusaha bersungguh-sungguh di kawasan masyarakat Melayu supaya kita boleh mendapat sokongan pengundi Melayu sebanyak 50% dalam PRU14.

“Semasa PRU13, sokongan DAP di kalangan pengundi Melayu di Selangor adalah kurang daripada 40%,” kata Kok dalam ucapannya di Konvensyen DAP Selangor di Shah Alam, hari ini.

Kok berkata, DAP Selangor juga mesti memainkan peranan untuk membantu rakan PR memenangi sokongan di kawasan-kawasan yang tewas kepada Barisan Nasional dalam PRU13 lalu.

“Mengikut kajian parti, satu undi di luar bandar bersamaan dengan enam undi di bandar.

“Saya juga ingin menyalurkan lebih masa dan tenaga saya untuk membantu rakan DAP dan Pakatan Rakyat untuk menerokai kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak,” katanya dan menambah PR perlu mengubah cara fikir masyarakat luar bandar jika mahu memenangi undi mereka.

Beliau berkata, Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengganggu DAP selama beberapa bulan atas masalah teknikal pengiraan undi dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat  (CEC) parti itu.

“Laporan Ketua Audit Negara 2012 menunjukkan bahawa RoS sebenarnya tidak cekap daripada segi pelaksanaan dan penguatkuasaan.

“Semakan Ketua Audit Negara terhadap fail yang disimpan di Putrajaya, Pulau Pinang, Johor dan Pahang menujukkan terdapat 90 persatuan tidak menghantar apa-apa laporan kepada RoS dan RoS tidak mengeluarkan apa-apa notis kepada persatuan berkenaan,” katanya.

Tiada ulasan: