Rabu, 18 Disember 2013

Aktivis PAS kutip tandatangan bantah tarif elektrik naik

 

Farah Noor Samat

 
VIDEO l 1:18 minit 


PAS Wilayah Persekutuan mensasarkan untuk mengumpul 10,000 tandatangan dalam tempoh dua minggu bagi membantah kenaikan tarik elektrik yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal bulan ini.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Khairil Nizam Khirudin berkata, beliau gembira dengan sambutan menggalakkan dari para pengguna tren LRT, ketika program itu dijalankan di stesen Sentul Timur semalam.

“Program hari ini sebagai satu 'kickstart' untuk kita membantah kenaikan tarif elektrik ini, seterusnya kita akan mendapatkan tandatangan di seluruh kawasan di Kuala Lumpur.

“Ia bagi mendapatkan sokongan rakyat yang sama-sama merasakan beban kenaikan tarif elektrik ini, Ia akan membawa kesan domino kepada rakyat.

“Seterusnya kita akan buat satu surat (bersama tandatangan petisyen) yang akan dihantarkan kepada Datuk Seri Najib Razak bagi mewakili rakyat seluruh Kuala Lumpur bahawa tindakan kenaikan membebankan rakyat,” katanya ketika ditemui Malaysiakini semalam.

Dalam program tersebut, para aktivis berkenaan turut menggunakan pembesar suara untuk menarik perhatian para pengguna LRT dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Tamil.

Setakat jam 7.15 semalam, kumpulan aktivis tersebut berjaya mengutip sebanyak 1,650 tandatangan.

Tiada ulasan: