Khamis, 19 Disember 2013

815 mangsa pemerdagangan manusia di Selangor sejak 2011

Oleh : AFIX REDZUAN


SUBANG : Majlis Antipemerdangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) memaklumkan 815 orang menjadi mangsa pemerdangan manusia yang dicatatkan di nSelangor, sejak tahun 2011 sehingga Disember 2012.

Timbalan Pengerusi Jawatankusa Bertindak MAPMAS, Rozaini Mohd Rosli berkata, kes pemerdagangan manusia yang berlaku bukan sahaja membabitkan pendatang asing tetapi penduduk tempatan turut menjadi mangsa.

IMAG0383

Katanya, persepsi isu pemerdagangan manusia yang hanya membabitkan warga asing adalah tidak tepat dan perlu diperbetulkan.

“Antara kes yang biasa berlaku membabitkan tenaga kerja termasuk penduduk tempatan dan kebanyakannya daripada syarikat keselamatan.

“Baru-baru ini, terdapat kes 64 orang pekerja warga Malaysia tidak dibayar gaji lebih setahun. Mereka dikerah kerja lebih masa tanpa bayaran.

“Kita sebolehnya melihat kepada undang-undang dan memohon mereka yang ada kuasa memudahkan urusan rakyat supaya tidak ada sistem birokrasi yang membebankan. Mereka mengambil masa dua tahun untuk turun naik Mahkamah Buruh bagi memfailkan kes dalam usaha mendapatkan pembelaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Advokasi Anti Pemerdagangan Manusia Selangor peringkat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di sini, hari ini.

Di Malaysia, pemerdagangan manusia diletakkan di bawah Akta Antipemerdangangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan adalah kesalahan yang boleh dituduh dengan penajara selama 20 tahun dan didenda sebaynyak RM1 juta.

Irene Fernandez

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak MAPMAS, Dr Irene Fernandez, berkata persediaan dan pengetahuan berkenaan pemerdagangan manusia perlu diberikan sejak di bangku sekolah kerana kegiatan itu sudah mula menular di peringkat sekolah.

Katanya, tahun lalu terdapat satu kes budak perempuan diculik dan dimasukkan ke dalam kontena untuk diperdagangkan, namun berjaya melepaskan diri.

“Ada ibu bapa memberitahu kita ada proses kerahan daripada sindiket pemerdagangan dengan membayar pelajar lelaki untuk memikat pelajar perempuan yang cantik. Mereka kemudian dibawa ke tempat tertentu lalu diculik,” katanya.

asmawi kasbi

Bagi Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi, MPSJ akan membantu dalam usaha memberikan publisiti dan informasi kesedaran kepada orang awam berkenaan perkara itu.

Kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes pemerdagangan manusia, mereka boleh menghubungi Hotline Negeri Selangor di talian 03-5519 0600.

Tiada ulasan: