Tuesday, July 20, 2021

Negeri Sembilan mahu warga emas divaksin terus

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memohon pertimbangan Kerajaan Persekutuan membenarkan individu berumur 60 tahun ke atas, mendapat suntikan vaksin secara tanpa janji temu (walk-in) seperti di Lembah Klang.

EXCO Kesihatan S Veerapan, berkata ini susulan kes positif COVID-19 di negeri ini mencecah angka melebihi 1,000 kes setiap hari sejak 13 Julai lalu.

"Keadaan ini amat membimbangkan. Pada pendapat saya, vaksin satu-satunya jalan keluar dari pandemik ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Media melaporkan Operasi Lonjakan Kapasiti yang kini dilaksanakan di Lembah Klang akan diperluas ke utara di Negeri Sembilan, selatan Perak dan barat Pahang, sebagai tindakan segera menangani kenaikan kes positif secara mendadak di negara ini.

Hari ini, Negeri Sembilan merekodkan 1,340 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri ini sebanyak 62,369 kes. – BERNAMA

No comments: