KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan dijangka membentangkan perolehan bagi pembelian dos ketiga atau ‘booster shot’ vaksin Covid-19 dalam Belanjawan 2022 pada Oktober ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan sudah membuat rundingan dengan syarikat pengeluar vaksin untuk Malaysia bagi memuktamadkan perolehan vaksin bagi 2022 dalam masa terdekat.
Jelasnya, tumpuan khusus kepada pengeluaran vaksin Pfizer baharu dos ketiga dan spesifik vaksin untuk kanak-kanak.
“Apa yang kita tidak tahu sekarang adalah sejauh mana keberkesanan vaksin dapat bertahan dan kita tidak tahu sebab kita belum ada data dari negara lain. Kita kena ingat, kebanyakan negara baru menggunakan vaksin pada Januari. Baru tujuh bulan.
“(Vaksin) Johnson & Johnson contohnya (diberi satu dos), mungkin kurang dari enam bulan. Sudah tentu (ada vaksin) kita akan bagi dahulu satu dos di kawasan pedalaman.
“Kalau kita nampak selepas enam bulan antibodi menurun, kita bagi
keperluan untuk dos kedua di kawasan pedalaman,” katanya pada Sidang
Khas Dewan Rakyat hari ini. UTUSAN
No comments:
Post a Comment