Tuesday, September 22, 2020

Shafie mohon maaf, bagi peruntukan RM10 juta untuk pasukan keselamatan

Wartawan MalaysiaGazette
MGF12092020_PENAMAAN-CALON-SEMPORNA-30-681x453
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal memohon maaf kepada setiap anggota keselamatan, ahli keluarga mereka dan seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan bekas Menteri Pelancongan, Mohamaddin Ketapi bahawa insiden di Lahad Datu tujuh tahun lalu adalah sandiwara.

Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah berkata, kenyataan secara spontan itu telah disalah erti kan dan sama sekali tidak berniat untuk menghina perjuangan para perajurit serta anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa mereka demi mempertahankan rakyat dan negara ini.

“Sebagai bekas Timbalan Menteri Pertahanan, saya amat memahami keperitan yang terpaksa ditempuh anggota keselamatan ketika menjaga sempadan negara terutama di pos-pos kawalan Sabah yang terpencil dan serba kekurangan.

“Setiap anggota yang berada di perbatasan bukan sahaja bersedia mengorbankan nyawa demi keselamatan rakyat Malaysia, malah mereka juga terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga sepanjang tempoh bertugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Shafie berkata, dalam berdepan pandemik Covid-19, beliau selaku Ketua Menteri Sabah turut memahami dan menghargai peranan anggota keselamatan sebagai frontliners menentang musuh yang tidak kelihatan tetapi amat berbahaya.

Atas rasa tanggungjawab itu, katanya, beliau telah memperuntukkan RM10 juta dana kerajaan negeri untuk diagih-agihkan kepada semua frontliners termasuk RM1 juta kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RM1 juta kepada Kem Lok Kawi.

Sumbangan tersebut, katanya, tidak dilakukan di mana-mana negeri di Malaysia.

“Jumlah tersebut tidaklah banyak jika dibandingkan dengan risiko dan pengorbanan wira-wira negara ini, namun itu membuktikan komitmen Kerajaan Sabah meskipun agensi keselamatan di bawah bidang kuasa Persekutuan,” katanya. – MalaysiaGazette

No comments: