Ustaz Hazizi Abdul Rahman
Dominasi kafir ke atas ekonomi negara mesti ditamatkan: Ustaz Hazizi
Perkara ini berdasarkan “Qaedah Kulliyah Syariah” (Hukum Induk) yang berbunyi “Fathu al-Zarai’” (فتح الذرائع), atau yang berbunyi “Ma La Yatimmul Wajib Illa Bihi Fa Huwa Wajib (ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب), atau yang disebut sebagai “Lil Wasail Ahkam al-Maqasid” (للوسائل أحكام المقاصد).
Maksudnya mudah difahami begini; Apabila solat yang wajib tidak dapat ditunaikan tanpa berwuduk, maka wuduk itu hukumnya wajib.
Tanpa wuduk, solat yang wajib tidak dapat dilaksanakan. Maka wuduk itu wajib. Begitulah, tanpa kuasa, agama yang wajib dilindungi tidak dapat dilindungi. Maka kuasa itu wajib dimiliki oleh umat Islam.
Setakat mana kuasa yang wajib dimiliki? Jawapannya ialah sehingga boleh menamatkan situasi Islam dan umatnya dibuli sekarang ini. Mesti tahap dominan.
Kita sudah hilang dominasi kuasa politik, selepas kehilangan dominasi kuasa ekonomi sejak dijajah.
Dominasi kuasa politik mesti direbut semula. Dominasi kafir ke atas ekonomi negara mesti ditamatkan. Mendapatkan kuasa dominasi dalam kedua-dua aspek ini adalah wajib, sebagaimana wajibnya wuduk bagi solat yang wajib.
Dan tanggungjawab ini sudah menjadi fardhu ‘ain ke atas setiap individu muslim mukallaf, mengikut kadar kemampuan masing-masing.
Ini berdasarkan “Qaedah Kulliyah Syariah” di atas juga, yang membawa maksud bahawa kewajiban usaha merebut kuasa dominasi itu tidak dapat disempurnakan tanpa sumbangan daripada setiap individu muslim, mengikut kadar kemampuan masing-masing, maka wajiblah ke atas setiap mukallaf untuk berusaha (fardhu ‘ain).
Nota untuk asatizah: Situasi umat Islam hilang dominasi kuasa (politik dan ekonomi) adalah situasi “Hajat Ammah” seperti keperluan masyarakat awam kepada pusat rawatan/hospital/doktor, diletakkan oleh para ulama sama taraf dengan “Dharurat Khassah”.
Maknanya adakah kita menunggu terjadi situasi “Dharurat Ammah” seperti di Turkistan Timur (Xin Jiang) atau Rohingya atau Palestin atau Kasymir, barulah kita memfatwakan wajib untuk berjuang mendapatkan dominasi kuasa? Itu bukan sifat Syariah yang diturunkan oleh Allah Taala.
*Ustaz Hazizi Abdul Rahman, Naib Presiden Berjasa
No comments:
Post a Comment