Masih terdapat akhbar yang dimiliki oleh BN tetapi bukan oleh PH
KUALA LUMPUR –
Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) telah menghentikan
tradisi ‘wahyu’ atau arahan khas kepada media seperti yang diamalkan
oleh pentadbiran sebelum ini, kata Penasihat Media dan Komunikasi
Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin.
“Kami mahu menjadikan media Malaysia berbeza daripada keadaannya sebelum ini selama beberapa dekad di bawah kerajaan lama.
“Selepas
PH berkuasa dan tiada lagi ‘wahyu’ daripada kerajaan baharu, ramai
editor dan wartawan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ada antara
mereka bertanya kepada saya apakah hala tuju sekarang.
“Jawapan
saya mudah, saya cuma minta mereka lakukan apa sahaja yang mereka mahu
dengan akhbar mereka kerana kini tidak ada sesiapa lagi yang mengawal
mereka,” katanya ketika ditemui pada sesi dialog bersama pihak media di
sini, hari ini.
Kadir turut mendakwa masih terdapat akhbar yang dimiliki oleh BN tetapi bukan oleh PH.
Sementara
itu, ditanya mengenai gesaan supaya Dr Mahathir Mohamad meletakkan
jawatan sebagai perdana menteri, Kadir berkata ia adalah satu proses
perjalanan demokrasi yang diamalkan di negara ini.
“Zaman BN
dulu, kalau ada seorang anggota Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN), katakan mewakili MCA, MIC mengkritik bekas perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak, sudah pasti beliau dipecat daripada partinya.
“Hakikat
bahawa seorang pemimpin DAP boleh mengkritik dan menggesa perdana
menteri meletakkan jawatan, itu menunjukkan kita demokratik. Adakah kita
terus bergaduh? Adakah kita suruh pecat yang membuat kritikan atau
gesaan itu? Tidak bukan?,” katanya.
Isnin
lepas, Anggota Jawatankuasa DAP Negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau mendesak
Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH),
meletakkan jawatan kerana kegagalan PH melunaskan manifesto pilihan
rayanya. – Bernama
No comments:
Post a Comment