Exco Pemuda Umno, Wan Mohd Azri Wan Deris, merancang untuk
melaporkan tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman yang didakwanya bersifat provokasi kepada Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR).
"Saya akan berbincang dengan ketua Pemuda Umno untuk buat laporan kepada SPR... tindakan Syed Saddiq adalah provokasi yang sengaja dibuat untuk mendapat publisiti murahan," katanya.
Wan Mohd Azri juga berkata Syed Saddiq masih budak lagi dan kerana itu perangainya tidak menunjukkan sikap orang dewasa.
"Memang beliau budak, perangai kebudak-budakkan dan buat perkara budak-budak.
"Ini bukan main polis sentri...ini soal kepentingan keamanan negara dan tak boleh main-main," katanya.
Terdahulu Wan Mohd Azri membuat laporan ke atas Syed Saddiq di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, hari ini.
Bukan main polis sentri
Wan
Mohd Azri ditahan reman oleh pihak polis selama tiga hari susulan
laporan dibuat Syed Saddiq yang mendakwa dicekik oleh bekas pengendali
laman blog itu.
Dalam kejadian kira-kira
jam 10.45 pagi pada 16 Feb itu Syed Saddiq yang juga anggota parlimen
Muar mendakwa dia diserang sekumpulan penyokong pembangkang sebaik
keluar dari pusat penamaan calon PRK Semenyih.
“Kita mendapati tiada pergaduhan sebaliknya hanya salah faham dan berlaku tarik menarik. Dia (Papagomo) boleh dijamin dan kes ini akan diselesaikan dalam masa terdekat," kata Noor Rashid.
Bagaimanapun Syed Saddiq mempertahankan dakwaan tersebut dan enggan menarik balik laporan polis yang dibuatnya.
Sementara itu, Wan Mohd Azri menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat dengan telus laporan yang dibuatnya bagi mendapatkan keadilan.
Katanya, jelas laporan polis yang dibuat Syed Saddiq adalah palsu dan bertujuan untuk menganiayainya.
"Saya gesa pihak polis segera menjalankan siasatan terhadap pengadu dan mengambil tindakan yang tegas terhadap laporan palsu.
"Pengadu adalah seorang menteri. Jika tiada tindakan dikenakan ke atas laporan palsu yang dibuat ianya akan menjejaskan imej pasukan polis," katanya,
Selain Wan Mohd Azri berkata, beliau juga merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap menteri berkenaan.
No comments:
Post a Comment