Dua keping gambar ditularkan dalam Facebook Asyraf Wajdi
BANGI
– Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih yang bakal berlangsung 2 Mac
ini, semakin panas, apabila Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menuduh
Pakatan Harapan (PH) melakukan rasuah politik untuk memancing undi.
Ketua
Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut mendedahkan dua keping
gambar yang katanya diambil ketika menziarahi rumah seorang penduduk di
Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Jai, Semenyih, petang ini.
“Nampaknya Pakatan Harapan (PH) begitu angkuh dan masih tidak belajar daripada PRK Cameron Highlands.
“Petang
ini ketika saya dan rombongan Pemuda UMNO melakukan ziarah rumah ke
rumah pengundi di PDM Sungai Jai, Semenyih, kami terlihat hamper dan
surat tawaran baik pulih rumah dibawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT) diagih-agihkan kepada pengundi di sini.
“Ini
jelas kesalahan pilihan raya dan suatu rasuah politik yang cuba
memancing undi pengundi di PRK DUN Semenyih,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Sehubungan
itu, katanya, Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) mengambil tindakan tegas terhadap PH, sebagaimana dilakukan
terhadap calon Barisan Nasional (BN) di Cameron Highlands.
“Jangan
amal pilih kasih kerana kemenangan BN pernah dibatalkan di Cameron
Highlands lantaran didakwa terbabit dengan rasuah politik.
“Rakyat
sedang memerhatikan sejauh mana ketelusan dan keadilan SPR yang kini
Ahli Suruhanjaya yang baru dilantik terdiri daripada aktivis dan
pendukung BERSIH,” katanya.
PRK
Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini diadakan selepas Mahkamah
Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivarraajh daripada BN
pada Pilihan Raya Umum Ke-14, terbatal dan tidak sah, apabila didapati
berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
Kerusi
DUN Semenyih kosong berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor
daripada Bersatu yang mewakili PH pada 11 Januari lalu akibat serangan
jantung.
Pada
PRU14, Allahyarham Bakhtiar, 57, menewaskan tiga calon lain – Datuk
Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S. Arutchelvan
(PSM), dengan majoriti 8,964 undi. Bakhtiar memperoleh 23,428 undi.
Pertembungan
2 Mac ini menyaksikan PH berdepan saingan empat penjuru membabitkan,
Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Langat, Muhammad
Aiman Zainali mewakili PH, dan calon BN, Zakaria Hanafi, 58, yang juga
Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kampung Sesapan Kelubi.
Dua
calon lagi ialah Anggota Jawatankuasa Pemuda Pusat Parti Sosialis
Malaysia, Nik Aziz Afiq Abdul; dan calon Bebas ialah Kuan Chee Heng atau
lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.
No comments:
Post a Comment