Sunday, December 23, 2018

Kenangan 2018, Harapan 2019

Oleh Ridzwan Abu Bakar



1. Masa berputar dengan begitu cepat, sehingga kita tak 'terasa' putarannya, rasa 'baru' sangat kita sambut tahun baru, rupanya tak lebih dari seminggu tahun baru yang 'baru' bakal menjelma pula.

2. Inilah hakikat akhir zaman seperti yang disabdakan oleh junjungan mulia Muhammad SAW "Tidak akan berlaku kiamat, melainkan putaran masa akan dirasakan tersangat hampir - yakni pendek ". Ya, kita telah berada di akhir zaman yang dimaksudkan !.

3. Mahu ataupun tidak, 2018 akan menjadi 'kenangan' hidup kita dan kita hanya boleh menyandarkan harapan pula kepada tahun 'baru' 2019.

4. Antara kenangan yang akan terus terpahat dalam sanubari para aktivis 'politik' ialah; 2018 adalah tahun 'perubahan', seruan untuk berubah yang ditiupkan oleh para aktivis politik untuk kesekian lama telah disambut oleh sebahagian rakyat Malaysia. 2018 menjadi 'batu penanda' keberanian rakyat Malaysia untuk berubah, sekalipun pihak yang disandarkan harapan mempunyai gaya fikir dan gaya tindak yang berbeza.

 
5. Yakinlah, sekali rakyat berani untuk berubah, rakyat akan terus berubah untuk 'kesejahteran' masa depan mereka, apabila sudah tahu bahawa berubah bukanlah merupakan satu dosa, maka rakyat akan sentiasa menjadi pemantau kepada 'perubahan' pemimpin, rakyat tidak hanya menjadi penonton wayang pacak para pemimpin sahaja .

6. Kaum yang punya masa depan adalah kaum berani untuk terus mengharap. Untuk 2019, apa harapan anda ??

7. Sudah tentu, harapan secara kolektif majoriti rakyat Malaysia adalah untuk melihat 'keberanian' mereka mendokong perubahan perlu diurus dengan baik dan cantik. Ya, harapan 2019 URUSKAN KEBERANIAN RAKYAT DAN JUGA PERUBAHAN MEREKA.

Semoga kita diberikan kekuatan untuk mengurus perubahan dan keberanian Ummat, Insyaallah.

*Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Kedah.
 
 

No comments: