Astro Awani
KUALA LUMPUR: Tular di media sosial hari ini apabila sepasang lelaki dicekup sekumpulan lelaki selepas didakwa melakukan seks hubungan sejenis dalam sebuah kereta.
Menerusi video berdurai 1 minit 36 saat itu, pasangan berkenaan dilihat berseluar dalam dan baharu menyarungkan pakaian mereka selepas dicekup.
Namun, apa yang mengejutkan para netizen adalah tindakan sekumpulan lelaki yang meng'kantoi'kan dua lelaki itu bertindak memukul mereka.
Malah, turut dihambur adalah kata cacian dan makian.
Video tular itu turut menampakkan mangsa mengalami pendarahan.
Beberapa individu yang memukul mangsa turut dilihat memakai jaket keselamatan pantul cahaya.
Bagaimanapun, tidak jelas kelihatan perkataan yang tertera pada belakang jaket tersebut.
Astro AWANI difahamkan, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Namun, masih belum ada butiran terperinci berhubung tempat, masa dan bila kejadian itu berlaku.
No comments:
Post a Comment