Saturday, September 1, 2018

Timbalan KP, 6 PTD seleweng dana PRU14 bebas reman


Bernama
Semua suspek yang berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari tiba di mahkamah pada 28 Ogos lalu.


PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah bahagian di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bergelar “Datuk” yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan salah guna dana pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dibebaskan hari ini.

Turut dibebaskan ialah 6 lagi pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang ditahan bersama suspek yang dikaitkan dengan penyelewengan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit itu.

Semua mereka direman 5 hari bermula 28 Ogos lepas.

Majistret Azizah Ahmad membenarkan suspek lelaki berumur 49 tahun itu serta 6 yang lain dibebaskan dengan jaminan SPRM serta seorang penjamin.

Semua suspek ditahan pada 28 Ogos lepas di Kompleks B, JPM dan Ibu Pejabat SPRM selepas hadir memberi ketenangan.

Semua suspek masing-masing menjawat Gred 44 hingga Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) B ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.

LIHAT VIDEO DI SINI



No comments: