Oleh NARAZA MUDA
PAS sudah menyatakan kesediaannya untuk meletakkan calon di PRK Port Dickson (PD), satu pilihan raya buatan Anwar Ibrahim untuk menjayakan agenda keinginannya dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke-8.
Apakah semudah itu? PAS sememangnya
mengambil kedudukan sebagai parti dan pembangkang yang berprinsip
apabila mencabar Anwar, bukan kali pertama, Langkah Kajang sebelum ini
digagalkan oleh PAS.
Umno yang terduduk penangan PRU14, terus
hilang taring dan masih tercari-cari rentak sebagai pembangkang dalam
sejarah negara. Walhalnya PAS memberi laluan kepada Umno di kawasan
pengundi Melayu 42.72 peratus dan BN telah bertapak melalui MIC sebelum
ini.
Jika Anwar menang, tragedi atau
malapetaka baharu akan terjadi. Bukan pertembungan Mahathir dan Anwar,
tetapi Azmin Ali. Sekarang pun Azmin memang menjadi penyokong dan
Menteri paling berpengaruh selepas Mahathir.
Dan sudah ada maklumat sulit yang sedang
diperkatakan memang ada perjanjian antara Mahathir, Azmin adalah
Perdana Menteri selepas Mahathir.
Jika pertembungan ini berlaku, Mahathir
akan terus menerajui Malaysia untuk tempoh yang lebih lama atas alasan
mengekalkan kestabilan Pakatan Harapan (PH).
Sejarah Langkah Kajang telah mencetuskan
pertembungan PKR, DAP dengan Istana Selangor, tidak mustahil krisis ini
akan berlaku sekali lagi. PAS menjadi penyelamat waktu itu dengan
menamakan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor untuk mengelak krisis
perpanjangan.
Jika Anwar menang inilah antara jangkaan
yang akan berlaku. Sebab itu PAS dilihat tidak memberi laluan mudah
kepada Anwar untuk mengelak krisis besar dan malapetaka politik
pertembungan alaf PH ini akan membantutkan perjalanan pentadbiran
negara.
No comments:
Post a Comment