Wartawan Watan Online
Parti Keadilan Rakyat (PKR) didesak untuk mengambil tindakan tegas
diambil terhadap Setiausaha Agung,Saifuddin Nasutiondan Jawatankuasa
Pemilihan Parti (JPP) itu.
EXCO Kerajaan Selangor, Haniza Talha berkata, ini kerana hari
pertama pemilihan, PKR telah berdepan dengan kegagalan sistem e-voting
yang digunakan.
“Amaran dan desakan oleh pimpinan dan ahli kepada Setiausaha Agung
tentang sistem baru yang dikhuatiri kemampuan, ketelusan dan kestabilan
telah dinyatakan berkali-kali, namun tidak diambil perhatian.
“Perkara yang dikhuatiri akan berlaku sudah terjadi dan JPP tidak
bersedia langsung dengan kemungkinan kegagalan sistem sehingga terpaksa
membatalkan proses pemilihan di negeri-negeri.
“Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini mewajarkan keputusan yang
tegas diambil oleh kepimpinan tertinggi parti terhadap Setiausaha Agung
dan JPP.
“JPP patut digantikan dengan badan bebas seperti Bersih untuk
mengendali proses pemilihan kali ini,” katanya dalam kenyataan media
pada Ahad.
Mengulas lanjut, Haniza yang juga calon Ketua Wanita PKR
berpandangan, Setiausaha Agung harus bersifat neutral dalam urusan
pengendalian pemilihan, kerana beberapa kali telah dilihat menzahirkan
sokongan kepada calon yang bertanding.
“Wanita mendesak kepimpinan tertinggi parti membuat keputusan serta
bertindak segera bagi membetulkan kegagalan proses pemilihan yang telus
dan bersih dapat dilaksanakan,” katanya.
Keputusan rasmi pemilihan PKR di Kedah dibatalkan selepas hanya enam
daripada 15 cabang di negeri itu dapat menjalankan proses pengundian.
Selain itu, polis turut menahan 10 lagi lelaki dipercayai terlibat
menimbulkan kekecohan semasa pemilihan PKR Cabang Merbok sehingga
menyebabkan kecederaan.
No comments:
Post a Comment