Jutawan kontroversi minta semua pihak berfikiran terbuka
BANGI
– Hartawan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low, yang menjadi buruan
pihak berkuasa mendakwa dirinya tidak bersalah apabila dituduh mencuri
dana AS$4.5 bilion daripada syarikat 1 Malaysia Development Berhad
(1MDB).
Menerusi kenyataan di laman webnya, Jho
Low meminta semua orang, termasuk mahkamah, pendakwa raya dan orang awam
– berfikiran terbuka sehingga semua bukti mencukupi.
“Boneka saya diarak di Kuala Lumpur dan gambar ketika usia muda terpampang di tabloid di seluruh dunia.
“Jika saya tahu, mungkin saya akan
membuat sesuatu secara berbeza, sama seperti orang muda yang lain,
tetapi sebarang kesilapan yang saya lakukan tidak membolehkan dakwaan
yang merosakkan dibuat terhadap saya.
“Biar saya jelaskan: Saya tidak bersalah,” katanya dalam satu surat yang ditandatanganinya di laman web berkenaan.
Jho Low dikehendaki pihak berkuasa
Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat serta beberapa negara lain yang
turut menyiasat mengenai 1MDB.
Dia didakwa atas lapan pertuduhan
mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan
Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.
Jho Low tetap menafikan tuduhan mencuri wang 1MDB, dan mendakwa hasil kekayaannya adalah warisan keluarganya.
No comments:
Post a Comment