BANGI – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar meminta rakyat memahami
perjanjian yang dibuat dalam Pakatan Harapan (PH) ke atas bapanya,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, perjanjian bagi memberikan laluan kepada Anwar telah dimuktamadkan sebelum PH berjaya merampas Putrajaya pada Mei lalu.
“Perjanjian yang mengikat semua parti dalam PH, ia mengikat dari proses transisi daripada Perdana Menteri yang dipilih serta merta kemudian kepada Presiden, iaitu Anwar Ibrahim.
“Kenyataan ini dikeluarkan oleh bukan sahaja Presiden Amanah (Mohamad Sabu), tetapi juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
“Berbalik kepada akad kepada ikrar dan perjanjian, segala yang kita utarakan dan laksanakan adalah berbalik kepada perjanjian itu,” katanya menjawab persoalan peserta seminar Gerakan Islam dan Perubahan Politik bertajuk ‘Dari Reformasi ke Malaysia Baharu: Rahmat untuk Semua di Pusat Konvensyen Bangi hari ini.
Nurul Izzah berkata demikian semasa menjadi ahli panel seminar anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah).
Mohamad Sabu semalam berkata Parti Amanah Negara (Amanah) memberikan sokongan penuh kepada Anwar yang akan bertanding di Port Dickson.
Persetujuan itu turut dizahirkan DAP menerusi Lim Guan Eng.
PH katanya, berusaha beberapa kali dengan pelbagai cara bagi memastikan Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri termasuklah ‘Langkah Kajang’ pada 2014.
“Saya katanya tidak masa yang lebih sesuai, akan ada ketidaksempurnaan daripada apa yang kita buat lebih lagi mengambil kira masa 20 tahun, berkali-kali Anwar dipenjarakan tetapi dinafikan untuk bertanding pada pilihan raya.
“Saya masih ingat saat kita raikan kemenangan PRK DUN Kajang, Wan Azizah menjadi ADUN, tetapi saya juga tahu akhirnya Anwar tidak dapat pegang jawatan itu,” katanya lagi.
Sebelum ini ada kepimpinan tertinggi PKR yang mempersoalkan tindakan parti itu mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson.
Antaranya Ketua Wanitannya, Zuraidah Kamaruddin dan Naib Presiden, Tian Chua.
Zuraida mendakwa keputusan Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusinya untuk Anwar hanya dibincang oleh kelompok tertentu.
Beliau turut mempersoalkan ketelusan proses membuat keputusan oleh pemimpin parti itu bagi membolehkan Anwar kembali ke Dewan Rakyat.
Malah, Tian Chua juga mendakwa tidak pernah dimaklumkan berhubung keputusan parti mengosongkan kerusi Port Dickson bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan. -MalaysiaGazette

No comments:
Post a Comment