Monday, May 7, 2018

Video Nga Kor Ming pecah 'temberang' DAP

Oleh Siti Nur Azizah Mohd Zaini
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Video tular yang menunjukkan pemimpin DAP Perak Nga Kor Ming mempersenda Tun Dr Mahathir Mohamad memecah “temberang” DAP yang memperkudakan mantan perdana menteri itu untuk mencapai matlamat mereka menjatuhkan kerajaan.
 
Menurut penganalisis politik Edwin Michael, ini juga bukan video pertama oleh Pengerusi DAP Perak yang memaparkan beliau menjatuhkan dan merendahkan kredibiliti seseorang.
 
"Temberang itu sudah dipecahkan oleh Nga Kor Ming melalui klip video yang mengaibkan Mahathir dan merendahkan Mahathir.
 
"Satu harus kita lihat, dalam isu Nga Kor Ming ini bukan video pertama kali dia menjatuhkan dan merendahkan krediabiliti." 
 
Keadaan ini memperlihatkan bahawa DAP gagal mengawal ahli-ahlinya dalam mengeluarkan kenyataan yang berbaur kebencian.
 
Video selama seminit 53 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan Nga menyatakan di satu ceramah bahawa Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai masa lama lagi untuk hidup.
 
Pemimpin DAP itu didengar memberitahu hadirin bahawa DAP akan menggunakan Dr Mahathir dan kemudian “beliau boleh menyertai (bekas PM Singapura) Lee Kuan Yew untuk bermain mahjong”.
 
Nga juga menyanyi serangkap lagu klasik Cina bertajuk “Goodbye My Love” untuk menandakan “pemergian” Dr Mahathir selepas mantan PM itu dipergunakan.
 
"Apa yang jelas ini ialah, DAP gagal untuk mengawal ahli mereka seperti Nga Kor Ming ini dari terus memberikan ucapan yang berbaur rasis, dan berbaur kebencian yang mengaitkan (perkara) menjatuhkan serta mengaibkan maruah individu."
 
Katanya, maruah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad begitu rendah di mata DAP.
 
"Kedua, ini menunjukkan betapa rendahnya maruah Mahathir dalam kalangan ahli-ahli DAP khususnya dan ini juga menunjukkan bahawa Mahathir tidak dihormati oleh ahli-ahli DAP.
 
"Sebaliknya Mahathir hanya dilihat sebagai 'kuda tunggangan' untuk DAP mencapai hasrat atau ianya hanya propaganda mereka untuk mencapai sebanyak mana undi orang Melayu," katanya kepada Antarapos.
 
 

No comments: